Kes curi kenderaan terutamanya motosikal dilaporkan menjadi antara penyumbang utama kepada kadar jenayah di negara kita. Menurut laporan The Star Online pada tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-6 ranking dunia dalam kes curi kenderaan. Purata 60 buah kenderaan dicuri setiap hari iaitu melibatkan “claim” sebanyak 13.2 juta. Laporan daripada General Insurance Association of Malaysia’s (PIAM) itu untuk jangka masa dari Januari sehingga Jun 2016.
Pelbagai kaedah digunakan oleh penjenayah untuk melakukan kegiatan curi motosikal. Kaedah-kaedah itu pula sentiasa diperbaharui mengikut peredaran masa bagi mengelakkan daripada tertangkap. Pendek kata, mereka ini memang cekap dan akan membuat "kerja" dalam masa yang sangat singkat sahaja. Semalam, satu rakaman video mengenai kes curi motosikal yang berlaku baru-baru ini menjadi tular di media sosial . Apa yang mengejutkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah itu menggunakan teknik terbaru iaitu menggunakan lori tanah untuk mengaburi mata orang ramai tentang kegiatan mereka.
VIRAL KAN Pencuri skang dah pakai lori!!!! Mohon Kawan2 panjangkan pos ni sampai tertangkap langau ni Lc 135 Tahun 2009 No plat WSR 3354 Warna hitam ada box givi tempat kejadian jalan inai (technip) no plat lori pun x dpt ermmmm Kalau ada jodoh dapatla jumpa balik 😥😥 sabar ye sahabat 💪💪💪 Sumber : Mohd SyAfii Loading FB Video... Melalui rakaman itu, dapat dilihat dua pencuri motosikal tersebut membawa sebuah lori tanah kemudian memakir di bahu jalan berhampiran dengan tempat parkir motosikal. Walaupun pandangan terlindung dengan lori tersebut, tetapi masih dapat dilihat salah seorang daripada pencuri yang lengkap memakai topi keledar turun dari lori dan terus membuka kunci motosikal jenis Yamaha LC. Tidak sampai beberapa saat, sebuah motosikal berjaya dilarikan. Bijak kan mereka? Tapi bak kata peribahasa, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. - CARI |
batmana replied at 1-4-2017 12:59 AM
Klu bwa lori.napela x angkut 4 5 buah moto kt situ?mwsti kes lain ni
ADVERTISEMENT