CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 7

Guna Lori Tanah, Taktik Terbaru Curi Motosikal Berjaya Dirakam

[Copy link]
Post time 31-3-2017 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Kes curi kenderaan terutamanya motosikal dilaporkan menjadi antara penyumbang utama kepada kadar jenayah di negara kita.


Menurut laporan The Star Online pada tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-6 ranking dunia dalam kes curi kenderaan. Purata 60 buah kenderaan dicuri setiap hari iaitu melibatkan “claim” sebanyak 13.2 juta. Laporan daripada General Insurance Association of Malaysia’s (PIAM) itu untuk jangka masa dari Januari sehingga Jun 2016.


Pelbagai kaedah digunakan oleh penjenayah untuk melakukan kegiatan curi motosikal. Kaedah-kaedah itu pula sentiasa diperbaharui mengikut peredaran masa bagi mengelakkan daripada tertangkap. Pendek kata, mereka ini memang cekap dan akan membuat "kerja" dalam masa yang sangat singkat sahaja.


Semalam, satu rakaman video mengenai kes curi motosikal yang berlaku baru-baru ini menjadi tular di media sosial . Apa yang mengejutkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah itu menggunakan teknik terbaru iaitu menggunakan lori tanah untuk mengaburi mata orang ramai tentang kegiatan mereka.



VIRAL KAN


Pencuri skang dah pakai lori!!!!
Mohon Kawan2 panjangkan pos ni sampai tertangkap langau ni
Lc 135
Tahun 2009
No plat WSR 3354
Warna hitam ada box givi
tempat kejadian jalan inai (technip)
no plat lori pun x dpt ermmmm
Kalau ada jodoh dapatla jumpa balik 😥😥 sabar ye sahabat 💪💪💪

Sumber : Mohd SyAfii








Melalui rakaman itu, dapat dilihat dua pencuri motosikal tersebut membawa sebuah lori tanah kemudian memakir di bahu jalan berhampiran dengan tempat parkir motosikal. Walaupun pandangan terlindung dengan lori tersebut, tetapi masih dapat dilihat salah seorang daripada pencuri yang lengkap memakai topi keledar turun dari lori dan terus membuka kunci motosikal jenis Yamaha LC.







Tidak sampai beberapa saat, sebuah motosikal berjaya dilarikan.


Bijak kan mereka? Tapi bak kata peribahasa, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu bwa lori.napela x angkut 4 5 buah moto kt situ?mwsti kes lain ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 03:04 PM | Show all posts
batmana replied at 1-4-2017 12:59 AM
Klu bwa lori.napela x angkut 4 5 buah moto kt situ?mwsti kes lain ni

btul kta kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Motor yg menjadi pujaan je yg dibawak larik
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 03:14 PM | Show all posts
Macam2 cara nak mencuri sekarang ni tapi selalunya ada juga saksi atau cctv dapat merakam
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 03:34 PM | Show all posts
amik lori tu.. lenyek dia plkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2017 03:51 PM | Show all posts
risau nya zmn skrg, haish, klau tertgkap tum naya dorg kena belasah, pdn mke
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 taktik!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.103359 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list