Aumm, enaknya rasa ayam percik ala Kelantan. Rasanya yang lemak, manis dan juga sedikit pedas memang sangat sempurna dinikmati lebih-lebih lagi dengan Ramadan yang hampir kunjung tiba ini.
Pilihan bahagian dada atau paha ayam adalah yang terbaik kerana ia mengandungi isi yang banyak dan juga jika betul cara penyediaannya, memang sangat berjus! Oleh itu, penyediaan kuahnya juga sangat memainkan peranan penting. Di situlah terletaknya rasa ayam percik ala Kelantan ini. Jom cuba resipi ini, pasti mahu mencubanya lagi nanti! Bahan-bahan: 3 keping bahagian dada atau paha ayam
4 cawan santan pekat 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah 2 inci halia* 4 batang serai, hiris halus* 5 biji bawang merah* 2 ulas bawang putih*(*dikisar halus) Bahan untuk merebus ayam: 3 ulas bawang putih, dititik 1 inci halia, hiris 1 keping asam gelugor Sedikit garam Air untuk merebus Cara membuatnya: UNTUK KUAH : Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan. UNTUK AYAM : Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan-bahan untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan. UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN : Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalikkan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan. - CARI Kredit resipi: FB Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu |
21
Bagus |
5
Marah |
17
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ipo replied at 19-5-2017 07:02 PM
macam resepi mak saya
ingat nak berniaga ayam percik bulan puasa ni
CARI-MAMS replied at 19-5-2017 02:56 PM
Aumm, enaknya rasa ayam percik ala Kelantan. Rasanya yang lemak, manis dan juga sedikit pedas mema ...
ADVERTISEMENT