CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Tengok, 5 Pengangkutan Awam Yang Unik Di Dunia

29-5-2017 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7716| Komen: 31|Original author: Oleh: Myra Rozi

Setiap kali keluar mengembara, pastinya kita akan menemui keunikan pada sesebuah negara yang tidak mungkin akan dijumpai di tempat lain.

Bukan hanya dari segi pemandangan atau bangunannya, setiap negara mempunyai  kenderaan atau alat pengangkutan khas yang digunakan untuk mengangkut penumpang.

Kalau di Malaysia sendiri kita ada beca yang selalunya menarik ramai pelancong untuk menaikinya, begitu juga dengan beberapa negara di dunia ini. Jom tengok!

1. Kereta buluh, Kemboja

Foto: brucedphoto.com
Uniknya kereta ini kerana ianya diperbuat daripada batang buluh. Negara ini sebenarnya ketinggalan dari kemajuan teknologi namun itulah yang membuatkannya istimewa kerana masih ada lagi kenderaan tradisinal seperti ini. Kelajuannya cuma 40 km per jam.


2. Barco de Totora, Peru

Foto: Thomas Quine
Kalau yang ini memang sangat menakjubkan kerana melihat dari bentuknya sahaja kita sudah tahu ianya lain dari yang lain. Barco de Totora ini digunakan untuk menghantar penduduk setempat menyeberang sungai. Ianya adalah sebuah kapal kecil yang diperbuat dari sejenis rumput yang dipanggil 'cogon grass' dan dibentuk menjadi seperti naga.

3. Teksi Coco, Cuba

Foto: Wikimedia.org
Bagi anda yang berkesempatan mengunjungi Havan, Cuba jangan lupa menaiki teksi ini. Kenderaan ini dinamakan Coco kerana bentuknya yang menyerupai kelapa (coconut). Boleh membawa dua penumpang dalam satu masa dan harganya juga jauh lebih murah.

4. Basikal Bir, Amsterdam

Foto: openminded.com
Pernah tak membayangkan berbasikal sambil minum bir? Amsterdam sendiri menjadikannya sebagai kenyataan kerana kenderaan ini membolehkan anda duduk sambil menngayuh dan meneguk minuman.

5. Tuk-Tuk, Thailand
Foto: Shutterstock
Thailand memang dikenali dengan julukan 'syurga dunia' kerana pemandangannya yang indah serta barangan dan kemudahannya yang murah.Paling terkenal adalah Tuk-Tuk yang menjadi alat pengangkutan istimewa di sana kerana harganya yang murah, selain sangat seronok semasa menaikinya.

Jadi ayuh semua, kita cuba kenderan-kenderaan unik ini. Mana satu agaknya yang paling teringin nak naik? -CARI
29

Bagus
20

Marah
40

Terkejut
23

Sedih
27

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-5-2017 05:44 PM
akak nak buat basikal metaphatamine
Quote LeckaLempicka 29-5-2017 06:12 PM
Teringin nk naik barco de totora tu.
Quote estrelle 29-5-2017 08:18 PM
Woww bestnye if dapat hanimun kat peru tu.iols suke suasana macam tu nyaman.
Quote mommymonster82 30-5-2017 12:57 AM
Keretapi buluh tu best...teringin nak try
Quote mommymonster82 30-5-2017 12:58 AM
CiliPadiSedap replied at 29-5-2017 05:44 PM
akak nak buat basikal metaphatamine

Lepas penat kayuh ramai2 rompak bank.
Quote Zasss777 30-5-2017 01:33 AM
Teksi coco tu mmg cute. Dah mcm helmet plak.
Quote Felycya 30-5-2017 01:46 AM
Basikal bir tu Cool...
Quote Ayda89 30-5-2017 08:03 AM
Tuk tuk tu kalau dapat driver yg macam harem bleh tercampak keluar penumpang, scary much!
Quote MSAR 30-5-2017 08:27 AM
ohhhsemmmm
Quote shiedafaizal 30-5-2017 08:52 AM
comelnya teksi coco tu ..
Quote syitaeyqa 30-5-2017 09:02 AM
naik tuktuk kat thailand, indo n china. best tp seram jugak laa bila diorang mencilok. hee
Quote airisa 30-5-2017 10:06 AM
dah naik tuk tuk di thailand and cambodia ... diorg ni memang terer merempit

naik tuktuk di sri lanka ... sopan sungguh .. tak pandai merempit ..
Quote chinta89 30-5-2017 11:59 AM
semua nmpak best!
Quote Artemesiaa 30-5-2017 12:11 PM
Menarik dan unik setiap satunya
Quote -electrifying- 30-5-2017 12:13 PM
airisa replied at 30-5-2017 10:06 AM
dah naik tuk tuk di thailand and cambodia ... diorg ni memang terer merempit

naik tuktuk di sri  ...

igtkan thai je ade tuk tuk
Quote LeckaLempicka 30-5-2017 12:37 PM
Nokiaman replied at 30-5-2017 12:07 PM
mimpikan je laa..
mampukah hang pi Peru?
Duit kapai terbang pon da cecah 10K

X mampu. Mampu "teringin" Je.  
Quote mizduches 30-5-2017 01:17 PM
teksi coco tu cool
Quote SukiChan 30-5-2017 02:28 PM
cantiknya~~
Quote vanillaninja 30-5-2017 02:43 PM
Teksi Coco tu nampak macam mainan dekat theme park je.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.122114 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top