CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pelakon Popular Tutup Rezeki Adam Corrie

19-8-2013 01:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22271| Komen: 85


PETALING JAYA – “Dia kawan yang busuk hati kerana nak tutup rezeki saya!” Kenyataan itu cukup menggambarkan kekecewaan hati pelakon antagonis, Adam Corrie Lee Abdullah yang sedih apabila mendakwa ‘ditikam’ kawan baik sendiri.

Adam Corrie, 45, berkata, seorang pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah telah menabur pasir dalam periuk nasinya dengan menyebarkan cerita buruk agar dia tidak diambil berlakon dalam mana-mana produksi filem menyebabkan peluangnya tertutup.

“Saya benar-benar kecewa dan sedih. Kenapakah pelakon itu sanggup berbuat demikian kepada saya? Apa salah saya? Dia lebih hebat daripada saya kerana telah menang anugerah. Kenapa hendak dengki dan busuk hati dengan saya?” ujarnya kepada mStar Online.

Adam yang juga seorang koreografer berkata, pada mulanya dia tertanya-tanya kenapakah tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan sehinggalah ada pihak memberitahu, terdapat seorang pelakon cuba mempengaruhi pengarah dan produser agar tidak mengambilnya berlakon.


Katanya, cerita berkenaan disampaikan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap pelakon berkenaan kerana cuba membawa budaya tidak baik dalam produksi.
Malah katanya, ketika nama dia dimasukkan dalam senarai bagi watak antagonis, individu tersebut berjaya meyakinkan pengarah dan pihak produksi supaya menggugurkan namanya tanpa sebab yang munasabah.

“Lebih menyedihkan pelakon itu sanggup kata ‘kenapa nak ambil Cina ni (berlakon)’ bila dia nampak nama saya. Saya memang sedih,” jelasnya.
Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan pelakon itu Corrie berkata, dia tidak pernah bermusuhan dengan individu tersebut malah mereka adalah kawan baik.
Katanya, pelakon itu juga tidak menunjukkan sifat membencinya malah cuba berpura-pura baik setiap kali mereka bertentang mata.

“Apabila jumpa saya, dia selalu tepuk bahu saya dan berborak macam biasa. Tapi apabila di belakang saya dia cuba buat perkara yang tak elok. Mungkin dia cemburukan saya,” katanya.
Walaupun begitu kata Corrie, dia bersyukur kerana Allah telah membuka jalan dengan memperluaskan rezekinya dalam bidang lain iaitu sering dijemput dalam majlis-majlis agama yang tidak melibatkan politik.

Corrie dijemput untuk berkongsi rahsia bagaimana hatinya terbuka iaitu untuk memeluk Islam.
“Saya dapat banyak undangan ceramah agama. Sebelum menerima pelawaan, saya akan pastikan jemputan untuk saya itu tiada kaitan dengan apa juga elemen politik,” katanya.
Pelakon ini memberitahu, hasratnya untuk berlakon tidak pernah padam dan berharap agar mana-mana produser terus memberi ruang untuknya aktif semula dalam dunia seni.
Malah dalam masa yang sama dia meminta agar mereka tidak terus terpedaya dengan kata-kata buruk individu tertentu mengenai dirinya.

“Jika ada pengarah hendak tahu sesuatu cerita yang benar mengenai saya, tanyalah saya sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang,” rayunya.
Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 telah berkahwin dengan wanita Melayu iaitu Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008.
Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina.
Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.

Pada 25 April lalu Corrie membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 19-8-2013 12:30 PM
saudara baru yang sedang dirempuh dugaan Allah...adam corrie ni elok belakon jadi polis terapik roda2 kole lumpur..muka dia sajak sangat nk jadi polis..elok buat balik la gerak khas..kasi muka2 polis baru yg pandai berlakon..roy pun ok..sbb dia ni komedi sikit.. kah kah kah
Quote alepmama 19-8-2013 12:36 PM
dugaan Allah
teruskan berdoa
doa doa orang yang dizalimi insyaAllah makbul
lambat atau cepat saje
Quote ais_kosong 19-8-2013 12:42 PM
Allah nak bagi rezeki lain tu
Quote bobok_berhabok 19-8-2013 12:43 PM
kesian dia , bertabahlah
Quote cikatilia 19-8-2013 12:45 PM
alahai kesiannya
sapa la busuk hati tu kan??

moga2 ada rezeki lain utk dia.. insyaALlah
Quote mitnick 19-8-2013 12:49 PM
motep kwn baek menutup periuk nasi? tah pape
Quote msarra 19-8-2013 12:52 PM
sabar je lah Corrie, cari rezeki lain
Quote solstice 19-8-2013 12:56 PM
Melayu dan busuk hati memang sukar dipisahkan
Quote masnona 19-8-2013 12:58 PM
siapa kwn die tu wei?
Quote cheton 19-8-2013 01:03 PM
bersabarlah encik adam corrie..anda sedang diuji..semua rezeki Allah SWT yg beri..inshaAllah rezeki dr sumber lain menanti.. mcm pantun pulak..hee
Quote bantal_busuk 19-8-2013 01:04 PM
di fikiran aku masa ni soffi jikan.. ntah lah
Quote setankuning 19-8-2013 01:06 PM
aku suka dia ni
rajin pegi blajo agama

tak macam yang sedia islam ni, baru alim sikit dapat orang iktiraf ustaz sikit terus tambah bini
sunnah nabi katanya
puiii
Quote orangebear 19-8-2013 01:10 PM
bantal_busuk posted on 19-8-2013 01:04 PM
di fikiran aku masa ni soffi jikan.. ntah lah

aku pon terpk org yg sama...hurm...
Quote rospinki 19-8-2013 01:55 PM
orangebear posted on 19-8-2013 01:10 PM
aku pon terpk org yg sama...hurm...

ah haa betul tu..
Quote Lavender_Violet 19-8-2013 02:04 PM
Betul ke mmg si kawan baik buat mcm tu? Entah2 mulut org aje nak melagakan sesama diorang. Mulut org produksi ni mmg boleh tahan masing2
Quote z_k 19-8-2013 02:06 PM
siannya dia....
Quote hussycancer 19-8-2013 02:08 PM
bersabarlah..mungkin Allah nk bg rezeki lain
Quote chaoyunjie 19-8-2013 02:13 PM
siapa lah pelakon yg busuk hati tu...
Quote teky 19-8-2013 02:15 PM
so saper kawan die tuhh.. mohon untuk csi..

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044454 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top