Penulis komik 'Aku Hidup Dalam Blues', Azzam Supardi meninggal dunia di Hospital UiTM Sg Buluh pagi tadi akibat serangan jantung. Memetik laporan Berita Harian, jenazah penulis itu dikebumikan di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Allahyarham seakan-akan dapat merasakan akan pergi buat selama-lamanya apabila memuatkan catatan terakhir di akaun Facebook miliknya pada pada awal pagi 30 Jun lalu: “Aku penat... aku letih... bantu aku... tolong aku dapatkan kembali tidurku yang hilang.
Berdasarkan status bertarikh 24 Jun, Azzam memberitahu dia telah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menyambut perayaan Aidilfitri kali ini di situ. 'Aku Hidup dalam Blues' merupakan sebuah novel ilustrasi bersiri diusahakan Azzam mula disiarkan pada 1991. Selain Azzam yang dikenali dengan nama pena Toyon, Aku Hidup Dalam Blues turut mendapat sentuhan pelukis Shaari atau nama penanya Aie. Sementara itu kartunis Ujang berkata Azzam adalah seorang kawan yang baik dan mudah mendengar kata sepanjang menerbitkan majalah Ujang. Persahabatan antara Ujang dan Azzam juga melalui tempoh yang lama.- CARI |
24
Bagus |
10
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
22
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey replied at 4-7-2017 05:25 PM
RIP. Suka karya heol dulu walau jiwang karat melankolik manjang.
ADVERTISEMENT