|
Sebuah kereta Lamborghini rosak teruk selepas terbabas di Persiaran Jubli Perak, Subang Jaya semalam. Memetik laporan Utusan Online, kereta mewah yang dipandu seorang remaja berusia 16 tahun itu merempuh dua kereta lain apabila hilang kawalan ketika membelok jam 5.13 petang. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, kereta itu melanggar belakang sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita sebelum “terbang” ke pembahagi jalan. Lamborghini itu kemudian melanggar sebuah Proton Persona yang sedang berhenti di lampu isyarat, tambahnya. “Kejadian mengakibatkan Lamborghini itu rosak teruk manakala dua lagi kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. Beliau berkata setakat ini keadaan pemandu Lamborghini tidak diketahui kerana tiada laporan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kemalangan. Sehubungan itu, apabila ditanya mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mendakwa remaja terbabit merupakan anak individu berstatus orang kenamaan (VIP), Muhammad Azlin memberitahu perkara tersebut tidak benar sama sekali.- CARI |
|
15
![]() Bagus |
10
![]() Marah |
7
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
3
![]() Lawak |
5
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
nadihazza replied at 6-7-2017 12:40 PM
tak bole detek ke keta tu sapa owner dia?

and I tak rasa random citizen mampu pakai kreta ni. 
Sehubungan itu, apabila ditanya mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mendakwa remaja terbabit merupakan anak individu berstatus orang kenamaan (VIP), Muhammad Azlin memberitahu perkara tersebut tidak benar sama sekali.
“Kejadian mengakibatkan Lamborghini itu rosak teruk manakala dua lagi kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.143902 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.