CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11882|Reply: 118

Remaja 16 tahun Pandu Lamborghini Rempuh Kereta, 'Terbang' Ke Pembahagi Jalan

[Copy link]
Post time 6-7-2017 12:26 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Facebook Wow



Sebuah kereta Lamborghini rosak teruk selepas terbabas di Persiaran Jubli Perak, Subang Jaya semalam.


Memetik laporan Utusan Online, kereta mewah yang dipandu seorang remaja berusia 16 tahun itu merempuh dua kereta lain apabila hilang kawalan ketika membelok jam 5.13 petang.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, kereta itu melanggar belakang sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita sebelum “terbang” ke pembahagi jalan.


sumber : Facebook Wow



Lamborghini itu kemudian melanggar sebuah Proton Persona yang sedang berhenti di lampu isyarat, tambahnya.


“Kejadian mengakibatkan Lamborghini itu rosak teruk manakala dua lagi kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.


Beliau berkata setakat ini keadaan pemandu Lamborghini tidak diketahui kerana tiada laporan.


Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kemalangan.


Sehubungan itu, apabila ditanya mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mendakwa remaja terbabit merupakan anak individu berstatus orang kenamaan (VIP), Muhammad Azlin memberitahu perkara tersebut tidak benar sama sekali.- CARI

sumber : Facebook Wow



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 12:34 PM | Show all posts
ada lesen ke tu? ke lesen terbang sampai terbang lambo ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:40 PM | Show all posts
tak bole detek ke keta tu sapa owner dia?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:44 PM | Show all posts

Hek Eleh.. Sume Pon Nak Berahsia

nadihazza replied at 6-7-2017 12:40 PM
tak bole detek ke keta tu sapa owner dia?

Aku sepak karang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:45 PM | Show all posts
stupid AF
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak jutawan mana ni ?.   Kalau orang biasa kereta biasa laju ja kluar nama...apadaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2017 12:46 PM | Show all posts
kenapa kau tak mampus je dek?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow hebatnya sampai takleh detect owner dan sapa yang drive. and I tak rasa random citizen mampu pakai kreta ni.

Takpala I husnuzon kreta dia kena curik ngan bibik umur 16 taun. Bibik dia bawa for a joyride.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 12:54 PM | Show all posts
“Kejadian mengakibatkan Lamborghini itu rosak teruk manakala dua lagi kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.


kepala hotak dia kerosakan kecil....persona tu total lost kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:57 PM | Show all posts


Persona tu rosak kecil reporter tu kata...??
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Celah mana nk lelaju jln2 bandar kl selangor nih? X pasal2 menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:58 PM | Show all posts
Punah kereta mahal....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:58 PM | Show all posts
Sehubungan itu, apabila ditanya mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mendakwa remaja terbabit merupakan anak individu berstatus orang kenamaan (VIP), Muhammad Azlin memberitahu perkara tersebut tidak benar sama sekali.


hotak dia, bawak Lamborghini mcm harem.  sah sah anak VIP/ VVIP ni.

“Kejadian mengakibatkan Lamborghini itu rosak teruk manakala dua lagi kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,


aku tgok Persona tu rosak teruk kot, apa kerosakan kecilnya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:01 PM | Show all posts
mmg tak jauh dari tempat kejadian ada bengkel kelab lambo, selalunya anak2 tuan hakim yg bwk kete lambo avatandok ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sapa la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la anak rakyat marhaen bawak lambo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 01:08 PM | Show all posts
mesti la ank VVIP tu
rahsia bukan main
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:09 PM | Show all posts
Biasnya laporan si reporter... kecil la sgt kerosakan persona tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nawuzubilla.itu kereta klon agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis lah kena belasah dgn abah sheols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.094433 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list