Syabas dan tahniah buat kontinjen negara kita kerana berjaya meraih sebanyak 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 tahun ini, sekaligus Malaysia menjulang gelaran negara sukan terbaik di rantau Asia Tenggara. Pingat emas ke-145 Malaysia dan emas terakhir sukan itu dimenangi oleh pasukan peluncur laju negara yang dianggotai Wong De-Vin, Ariff Rasydan Fadzli, Hazim Shahrum dan Khairil Ridhwan Khalil membiarkan Singapura terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Memetik laporan Berita Harian, dengan jumlah keseluruhan 323 medal, temasya kali ini merupakan permainan terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan SEA. Sementara itu, ketika berucap pada majlis penutup KL2017 serta Ambang Kemerdekaan Ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) umpama mimpi menjadi kenyataan. Jelas Perdana Menteri, negara bukan saja meraikan dua kejayaan, sebaliknya tiga kejayaan yang cukup bermakna. "Ada orang kata sambutan ini membawa dua kegembiraan, iaitu pertama Malaysia menjadi hos temasya Sukan SEA ke-29 dan kedua kita menyambut sambutan ke-60 tahun kemerdekaan." "Tetapi sebenarnya bukan kejayaan berganda, tetapi tiga kejayaan, kerana apa?... kerana Malaysia dijulang sebagai juara keseluruhan Sukan SEA dengan meraih 145 pingat emas daripada 404 yang dipertandingkan." Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak termasuk persatuan sukan kebangsaan dan barisan atlet negara yang mempamerkan pencapaian cemerlang itu.- CARI |
16
Bagus |
12
Marah |
32
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Decaffeinated: acara penutup semalam xder bunga api ek?ada siapa2 pergi bukit jalil x?
ADVERTISEMENT