Ingat lagi tak dengan video adik manja dengan abang-abang lorinya? Serius ramai yang meluat kan! Kali ini seorang lagi tampil 'menganjing' gadis viral tersebut kerana menyampah dengan perangai gedik yang dibuat-buat itu.
Terkekek-kekek gelak bila tengok Makcik Roast-Mah kembali menyengat dengan video terbarunya M.C.R VS Adik Driver Lori (CRINGE + ROAST)! Dalam video berdurasi hampir lima minit itu, Makcik Roast-Mah atau Arwind Kumar bagi kata-kata pedas dan setepek kena muka mereka yang suka sangat membodohkan diri membuat video yang entah apa-apa katanya!
Yang kelakarnya, siap betulkan ayat adik manja tu pula! " Sis, abang tak besar sis. Kenderaan yang besar." Bila adik manja cakap, ada sahaja yang dibalasnya kembali. "Sebab tu sis, mak cik tak potong. Mak cik sunat je." "Segnal tak wujud sis, it's signal." Katanya adik manja lagi teruk membuatnya meremang bulu roma, lebih dari King Coco dan Baby Ara! Dengan mimik muka yang memang serius lawak, makcik kepoh ni memang mendapat perhatian netizen. Arwind Kumar sebenarnya sudah lama terkenal di media sosial disebabkan banyak video-videonya yang kelakar. Dalam masa yang sama sebenarnya dia juga turut memberi nasihat dan pengajaran. Bagus juga ada orang macam makcik Roast-Mah ni, sekurang-kurangnya bolehlah bagi teguran dalam bentuk jenaka. Rasanya lebih mudah diterima orang. Betul tak? -CARI
|
19
Bagus |
10
Marah |
3
Terkejut |
16
Sedih |
12
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Makcik Roast-Mah atau Arwind Kumar bagi kata-kata pedas dan setepek kena muka mereka yang suka sangat membodohkan diri membuat video yang entah apa-apa katanya!
ADVERTISEMENT