CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Saintis Jumpa Asal Bau Durian, Kaji Cara Hilangkannya

13-10-2017 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3232| Komen: 18|Original author: Oleh: Maly Rosli

Kalau di Malaysia ni, susah nak jumpa orang yang tak suka durian. 

[resize output image]


Aromanya yang terkadang kurang enak dan begitu menyengat rongga hidung menyebabkan buah ini dilarang dibawa ke dalam hotel, pesawat dan beberapa lokasi tumpuan tertentu.


[resize output image]

Pun begitu, bagi penggemar raja buah itu, aromanya bukan masalah besar. Malah, segelintir penggemar mendapati baunya sangat 'harum' dan menggamit mereka menikmatinya.

Tapi kan, pernah tak terlintas di dalam fikiran anda dari mana datangnya bau kuat itu?

Memetik Astro Awani, pakar sains di Singapura membuat kajian untuk mengenal pasti punca bau pada durian secara saintifik.



Foto: Health Fitness Revolution

Timbalan Pengarah Kajian di Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS) Prof Bin Tean Teh berkata, pasukan penyelidik telah membuat kajian dan mereka menemukan 46,000 genetik pada durian.

"Malah, kajian juga mendapati asal usul durian adalah daripada pokok koko dan 'berkemungkinan' dijadikan coklat," katanya sepertimana dipetik dari portal The Straits Times.

Selain itu, empat genetik serupa iaitu Methionine Gamma Lyases (MGL) turut ditemui pada durian, koko dan kapas di mana genetik berkenaan mendorong penghasilan bau kuat yang dikeluarkan raja buah.

"Ini memberi petunjuk pertama kepada kami bahawa MGL benar-benar menghasilkan bau yang sangat kuat," katanya.

Sementara itu, Australia Plus melaporkan Bin sebagai berkata, penemuan MGL pada durian sangat penting bagi perkembangan raja buah itu dalam industri buah-buahan.


Foto: World of Buzz

Tambahnya, mereka boleh menjalankan eksperimen dengan kaedah tertentu dalam usaha mengurangkan genetik MGL bagi membuang bau kuat pada durian.

Kalau dah berjaya nanti, bolehlah agaknya bawa balik durian menaiki pesawat sebab dah tak ada bau kan. Tapi, kalau dah tak ada bau bagaimana dengan rasanya? Tak terjejas ke? - CARI
16

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamil8891 13-10-2017 02:49 PM
hurmmm saintis pon da tak betul agaknye...
Quote saladin780 13-10-2017 02:55 PM
Mengadalah mat saleh kekonon x tahan bau durian..cheese bau bacin tu tahan plak
Quote kikuri 13-10-2017 02:58 PM
motip nak kurangkan bau durian... dah tentulah unik durian tu terletak kat bau dia... selain dari duri n kategori durian tuh.... aku dapat d24 pon dah rasa bersyukor...!!
Quote kuzaime 13-10-2017 03:17 PM
Mohon kaji n hilanglan sekali bau petai jering jugak..
Quote Simunggu 13-10-2017 03:34 PM
baru durian ini sedap tapi kalau dapat dikurangkan sikit lagi sedap...
Quote RatuDunia94 13-10-2017 03:41 PM
Bau arak tu tahan plak
Quote epis 13-10-2017 04:06 PM
Durian x berbau, hilanglah kenikmatan durian itu
Quote shernazz 13-10-2017 04:33 PM
biasa la uols
kite x tahan bau cheese n apa apa tah bagai tu
diorang tahan bau tu
kita suka durian, depa x suka.lantak le
kang naik lagi harga durian ni kang
iols dh lama x makan durian ni sejak mahal sgt ni..
Quote freezyout 13-10-2017 04:45 PM
gilerr...nya saintis...lama lama durian pun gmo
Quote SecretLuv 13-10-2017 05:23 PM
saladin780 replied at 13-10-2017 02:55 PM
Mengadalah mat saleh kekonon x tahan bau durian..cheese bau bacin tu tahan plak

. Tu la pasal. Aku kalau lepas makan cheese mesti nak basuh tangan bersih-bersih dengan sabun. Kalau tak bau busuk cheese tu melekat kat tangan. Kat mulut pun terlekat jugak bau tu. Pelik kenapa diaorang tak cakap cheese busuk.
Quote sekngucing 13-10-2017 06:01 PM
durian adalah busuk dan tak sedap... bg akulah....
Quote salimrock 13-10-2017 06:36 PM
sedap pe bau durian...
Quote simatakucing 13-10-2017 06:57 PM
Dah kalau tak ada bau bukan durian lah namanye
Quote chazey 13-10-2017 07:07 PM
saladin780 replied at 13-10-2017 02:55 PM
Mengadalah mat saleh kekonon x tahan bau durian..cheese bau bacin tu tahan plak

Kan? Banding durian dengan blue cheese berkulat bau hapak macam kain lap buruk tu sah2 bau dan rasa durian lebey sedap.
Quote Knowlee 13-10-2017 08:48 PM
Tanpa bau itu, durian bukanlah lagi durian. Kau orang tak tahan bau, pakai mask class P3 la.
Quote mamarock 13-10-2017 10:36 PM
Kalau durian mampu berkata-kata, mesti dia marah para saintis ni cuba mengubah sifat asalnya.
Quote pulauturtle 13-10-2017 10:43 PM
Buang masa pi kaji...beli durian siam dah tak ada bau la...
Quote pulauturtle 13-10-2017 10:45 PM
Saintis sohai pi kaji benda yg tak berguna...maybe hanya nak bantu mat salleh supaya boleh makan durian...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.107986 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top