CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Orang Yang Sibuk Kecam Tu Bersih Ke?

9-11-2017 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14731| Komen: 165|Original author: EJALTI

Seorang gadis tampil 'buka mulut' selepas dirinya dikecam menagih perhatian apabila gambarnya sedang mendukung seekor biawak tular di laman sosial.


Foto: FB Dewi Zulaikha

Memetik mStar Online, Dewi Zulaikha dari Kuala Kangsar, Perak berkata, dia enggan mengambil pusing 'mulut orang' kerana dia ada sebab sendiri kenapa dia memelihara Kenit (biawak).

"Saya jumpa Kenit dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu.

"Sebab kasihan, saya terus bawa 'dia' balik ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan selepas sembuh saya lepaskan 'dia' walaupun rasa berat hati," katanya kepada mStar Online.


Dewi melepaskan Kenit pada Oktober lalu kerana mahu haiwan itu gembira di habitatnya.

"Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak seksa Kenit," katanya.

Gadis itu juga langsung tidak takut berdampingan dengan spesies haiwan berbahaya. Jika terdapat mana-mana haiwan cedera atau memerlukan bantuan, cepat sahaja dia bertindak.



Bertambah respek pada gadis itu apabila melihat pelbagai spesis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter menjadi  haiwan peliharaannya.



Foto: IG Dewi Zulaikhaa

Tugasnya sebagai jururawat membantunya dari segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kuman setiap kali menyentuh haiwan.

Mengulas kecaman yang diterimanya, Dewi bagaimanapun tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar berkenaan.

"Kenapa nak cakap 'dia' kotor, mulut orang yang cakap tu bersih ke?

"Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah," katanya.

Sehingga kini, Dewi mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkap sendiri. - CARI
7

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 9-11-2017 11:41 AM
Ular tedung tu, Respect!
Quote marumaru 9-11-2017 11:41 AM
biasalah yg kutuk tu jantan pengecut lembik zaman sekarang ni...
Quote taji2906 9-11-2017 11:42 AM
bior la dia..  korang dok komen, kecam tu la buat dia popular glemer.. pastu kecam kata budak ni gila glemer.. apa daaa...
Quote Kittie 9-11-2017 11:43 AM
Comey miaw tuh terkujat tgk.
Quote baghal_bortuqal 9-11-2017 11:44 AM
thats a godem HUGE cobra.

gila lah dek.

R E S P E K
Quote prettyuglybabe 9-11-2017 11:46 AM
biawak hidup tu ko nak bela bela la dek..
tapi kalau biawak hidup yang goyang kaki perabis duit, sila lari laju-laju yah..
Quote chinta89 9-11-2017 11:48 AM
buat je x tahu, so, kalau xde sape kisah, dia pun teruskan hidup dia dgn rse pelik "apesal ak tak viral?"
Quote mrs_salvatore 9-11-2017 11:49 AM
Netizen ni suka sgt menunjukkan kebodohan diri sendiri.
Quote mrs_salvatore 9-11-2017 11:49 AM
Yg kutuk tu samada korang mmg biawak hidup berrambut atau berlakikan laki bewak
Quote kikuri 9-11-2017 11:50 AM
laaa... gambo bawak bewak pakai harness betul lah ye... akak ingtkan photoshop... gila ah bawak bewak jalan jalan macam tu
Quote FOTHER-MUCKER 9-11-2017 11:51 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-11-2017 07:55 PM

Yang koment akhir zaman tu mesti lobai tongong yang jeles dengan kemampuan dan keberanian orang lain dan sangat berharap wanita tu menjadi seperti dia.
Quote krustykrab 9-11-2017 11:56 AM
org yg komen ni paling ngok....aku ingat dulu2 je org suka ckp mcm ni, generasi apple, android pun ada lg yg terkebelakang

Lebih teruk lagi ada yang mengaitkan tindakannya itu dengan 'dunia akhir zaman' dan meramalkan tidak mustahil dia akan ditimpa sial atau terkena badi.
Quote sukacactus 9-11-2017 11:57 AM
Oiii lantak dia la nak dukung bewak ke cipan pun
Kalau kena gigit pun, pandai2 la dia
Tp besar betul ular tu
Kalau aku berani tengok dr jauh je la
Quote kenarikelabu 9-11-2017 11:57 AM
Aku mmg tak berani dgn binatang2 yg dia pegang tuh. Tgk dari jauh pun dah seram
Quote ~anya~ 9-11-2017 11:57 AM
Win sungguh statements nko dek..
1. Kenapa nak cakap 'dia' kotor... yang cakap itu molot bersih ke?
2. Nak viral, viral lah... saya dokong biawak....bukan dokong laki orang...
#deep
Quote manehnya 9-11-2017 11:58 AM
berani nya dik, ulor besaq tuuuuu
Quote mieymiey 9-11-2017 12:00 PM
Kittie replied at 9-11-2017 11:43 AM
Comey miaw tuh terkujat tgk.

Nampak sangat muka shock tapi macam nak terkam tapi tengah terkujat
Quote KulitKayuManis 9-11-2017 12:04 PM
lantak la dia
tapi aku geli la biawak, cicak, iguana yang seumpama denganyaaa
Quote nisako 9-11-2017 12:08 PM
berani nye dia .................

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.159813 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top