Unik sungguh idea untuk meletakkan nama jenis ikan bilis dengan dengan menggunakan nama selebriti seperti Sajat dan Fazura. Menurut mStar Online, peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu yang dikenali sebagai Mohd Razman Hafiz Rosdi, 23 itu tidak menyangka ia mampu mendapat sambutan dari ramai pihak.
Antara nama ikan bilis yang dapat perhatian adalah ‘Sajat Wanita Terakhir’, 'Mata Fazura’, ‘Bilis Sado’, ‘Bilis Koya Comel’, ‘Bilis Mabuk Laut’, ‘Bilis Donald Trump’,’ Bilis Tak Tun Tuang Tak Mandi Lagi’, ‘Bilis Pyan Kpop’ dan ‘Bilis Datuk Vida’. “Nama-nama itu saya pilih kerana ia merupakan nama yang menjadi sebutan ramai dan mudah diingati. "Pada mulanya saya hanya sekadar suka-suka meletakkan nama begitu kerana mahu beri kelainan dan ternyata ia memberi tarikan.
“Selepas sebulan, perniagaan saya semakin baik, jika sebelum ini saya memperoleh RM300 hingga RM400 sehari, kini jualan makin bertambah sehingga RM800 hingga RM1,000 sehari," katanya. Malah ada juga orang yang datang hanya sekadar untuk mengambil gambar bilis-bilis jualannya. Mereka juga memuji usaha dan idea kreatif Hafiz kerana memudahkan pelanggan untuk memilih jenis bilis mengikut pilihanm hati. -CARI
|
Bedah.Cun replied at 14-12-2017 10:44 AM
FB baju purple tu, yang. Tolong hhhehhhhghh
reddots replied at 14-12-2017 11:12 AM
benci lah semua benda nak kaitkan dgn benda viral bodoh tu.
tau la nak suka2 jer letak.. tp tau tak ...
caprut replied at 14-12-2017 11:15 AM
Da nma pon mniaga. Kena la kreatif. Ko nk ke ksi peniaga ni mkn?? Bile melayuu buat smua slah. Klo ...
reddots replied at 14-12-2017 11:23 AM
nak kreatif pun letak la nama2 yg lagi creative.. ni letak nama tah hapa2... dah lah tiap hari ha ...
zetty1978 replied at 14-12-2017 11:29 AM
X kosernya la org beli ikan bilis sbb nama .. ikan bilis je pun .. lg x lalu nama ikan bilis x mandi ...
dodolgemokgila replied at 14-12-2017 11:16 AM
Bimbo nya pilih bilis sbb nama padahal isi sama jah. Nape x bogel terus jah jantan tu?
ADVERTISEMENT