Setiap kali tiba tahun baru, pasti kita akan diingatkan untuk memperbaharui azam. Hal ini kerana setiap azam yang kita buat itu adalah cerminan kepada masa depan kita. Sama ada hidup kita semakin maju atau semakin mundur.
Namun, berapa ramai yang mampu menyempurnakan azam mereka? Ya, kita memang selalu ada azam yang hebat-hebat. Seringkali juga kita gagal menyempurnakannya kerana persekitaran dan kekangan yang tidak memungkinkan kita begitu. Bagi mereka yang belum pernah mencapai segala impian, mungkin boleh mencuba menyusun azam dan matlamat yang mudah terlebih dahulu. Contohnya, ‘Untuk meningkatkan kemahiran diri (dalam bidang ?), maka saya akan menghadiri dua kursus (apa) jangka pendek pada tahun 2018’. Apabila menulis azam, anda perlu jelas. Jika anda berminat dalam bidang jahitan, maka nyatakan bahawa anda ingin mendalami bidang jahitan. Kemudian, nyatakan kursus apa, jangka masa dan bila. Huraikan dengan jelas cara dan bila anda mahu melakukannya.
Pendek kata, anda perlu membuat sedikit kajian. Dapatkan maklumat yang tepat. Pastikan di mana kursus tersebut diadakan dan berapakah yurannya. Jika boleh dapat percuma, bagaimana caranya. Apa persediaan yang perlu dibuat sebelum anda menghadiri kursus dan apakah yang anda mahukan hasil daripada kursus tersebut. Sebagainya contohnya, anda adalah tukang jahit. Dengan kemahiran tambahan itu anda boleh menambah tempahan atau meningkatkan kualiti jahitan. Setelah berlaku segala yang dirancang,maka barulah azam anda dapat disempurnakan. NAMPAK MUDAH TAPI SUKAR DILAKUKAN Memang nampak mudah tapi selalunya dengan pelbagai alasan yang menjadi kekangan, kita sering memilih untuk melupakan sahaja azam kita itu. Akhirnya tahun berganti tahun dan kita mula menyesal. Mungkin kita akan duduk menongkat dagu dan mula merungut atau menyesal, “Alangkah bagusnya kalau aku ambil kursus itu 10 tahun yang lalu.” Beruntunglah mereka yang hidupnya ‘follow the rules” dan “follow your heart”. Orang begini akan mengejar azam dan impiannya tanpa mengira apa orang lain cakap. Selalunya orang inilah yang akan berjaya, bukan kerana dia bijak atau bertuah tapi kerana dia berani, yakin dan istiqamah. Manakala orang-orang yang sering memikirkan apa cakap orang dan takut untuk mengambil tindakan, biasanya akan berada di takuk yang lama. Jika 20 tahun lalu dia tidak ada lesen memandu, maka keadaannya sama saja sampai sekarang. Ya, mungkin dia fobia. Tak apalah. DRASTIK TAPI HATI-HATI Dalam situasi yang lebih radikal, ada pula orang yang terlalu bercita-cita besar atau punya azam yang hebat hingga bertindak terburu-buru. Dia akan mudah terpedaya dengan orang yang suka mengambil kesempatan. Selalunya dia ini hendak cepat. Mahu kaya cepat. Ada yang hilang wang pelaburan kerana ditipu rakan bisnes dan sebagainya. Ada yang ditawarkan sijil berbayar kerana hendak cepat mendapat ‘tittle’. Akhirnya dia jadi insan yang kecundang moral dan material. Jadi, hati-hatilah. Biar sebanyak mana pun wang atau masa anda, gunakan ia dengan cara sederhana. Kejarlah azam dan iltizam mengikut kemampuan diri. Usah abaikan kesihatan dan keluarga. Rancang dan tunaikan azam anda sebaik mungkin agar hidup anda semakin maju.Jika anda ada cara yang berkesan untuk mencapai azam anda, sila kongsi di ruangan komen. Semoga saranan anda akan memberi manfaat kepada yang lain. Selamat menyambut tahun baru 2018 kepada semua netizan yang saya hormati dan kasihi. Salam, Liza Ali
|
19
Bagus |
29
Marah |
23
Terkejut |
32
Sedih |
27
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cikputih15 replied at 27-12-2017 11:47 PM
nak jadi minimalist, kurang beli benda merepek
ADVERTISEMENT