CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sarimah Ibrahim Mengaku Frust Dengan Mamat French

29-8-2013 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20751| Komen: 85



KL, 28 OGOS 2013: Terlebih dahulu Murai Batu nak ucapkan terima kasih daun keladi kepada Detektif Stailista, Ayie Ali yang sudi berkongsi cerita sensasi berkenaan pengacara dan selebriti cantik, Sarimah Ibrahim.

Nasib baiklah pertemuan Detektif Stailista dengan Sarimah Ibrahim di permaidani merah untuk pelancaran sebuah produk kosmetik baru-baru ini, langsung tiada istilah berselindung, terutama sekali apabila berbicara mengenai status dirinya ketika ini.

Murai Batu difahamkan, Sarimah Ibrahim kini telah kembali solo apabila hubungannya bersama seorang jejaka Perancis tidak lama dulu telah terputus di tengah jalan.

Alamak! Apa sudah jadi? Kalau tak silap Murai Batu, sebelum ini hubungan mereka baik-baik saja. Malah ada khabar angin mengatakan bahawa mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Murai Batu ingat lagi, Sarimah Ibrahim bukan main happy dan bangga memperkenalkan jejaka mat salleh itu ketika melalui permaidani merah Anugerah Industri Muzik berapa tahun lalu.

Tup, tup, sudah putus pula.

Bagaimanapun seperti yang dikhabarkan Detektif Stailista kepada Murai Batu, penyampai radio Mix FM itu memang berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis berkenaan, bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu, mereka terpaksa berpisah.

Khabarnya, meskipun hubungan mereka sudah terjalin lebih dua tahun, namun nampaknya ada beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum Sarimah Ibrahim mengambil keputusan mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Murai Batu difahamkan, soal agama dan budaya menjadi dua faktor penting buat Sarimah Ibrahim dan nampaknya dia langsung tidak ralat meskipun hubungan mereka tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Alahai, hancur luluh hati Murai Batu bila mendengar cerita sedih Sarimah Ibrahim ini. Meleleh air mata Murai Batu di buatnya. Mana taknya, mereka berdua memang Nampak sweet apabila bersama.

Tapi seperti yang dikhabarkan, Sarimah Ibrahim kini sedang moving forward dan dia tidak mudah mengalah untuk mencari pengganti i yang benar-benar percaya serta ikhlas memperisterikannya walaupun berbeza agama serta budaya.

Eh! Nanti dulu. Adakah ini bermaksud, Sarimah Ibrahim akan masih mencari jejaka berbangsa asing? Atau dalam erti kata lain jejaka mat salleh?

Bagi Murai Batu senang saja. Jodoh, pertemuan, ajal semua itu ditangan Tuhan. Sekuat mana kini merancang tetapi Tuhan juga yang akan menentukan.

Murai Batu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarimah Ibrahim. Mudah-mudahan dia akan dipertemukan dengan jejaka idaman yang dapat membahagiakannya hingga ke akhir hayat.

Kahabarnya Sarimah Ibrahim kini sedang rancang untuk melahirkan lagu terbarunya dan juga berlakon filem serta teater. Tak sabar rasanya Murai Batu nak lihat kemunculan selebriti mulut kecoh ini.

Murai Batu: Suka tengok wajah baby kacukan milik beberapa selebriti tempatan. Tapi janganlah nak menayang sangat di laman sosial. Takut nanti bahaya pula yang akan menjelma.

2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 28-8-2013 05:17 PM
waktu bahagia



Quote ogata 28-8-2013 05:23 PM
berjambang...saya tak minat...

btw pemah menjadi peminat sarimah dulu..sebab tahi lalat kita sama
Quote munchkin 28-8-2013 05:24 PM
takpelah try again next time with a different person.
Quote nurfariezza 28-8-2013 05:29 PM
ensem jgak ex sarimah ni...
Quote musangcomel 28-8-2013 05:33 PM
takpe
kumbang bukan seekor
pasti ade yg lebih baik
Quote mixed 28-8-2013 05:33 PM
taste mat salleh sajok

cuba le pemuda melayu pula mana tau ada jodoh
Quote mitnick 28-8-2013 05:37 PM
pasni pilih yg lbh hensem
Quote tapibukanaku 28-8-2013 05:38 PM
sarimah org parit jabong...
Quote sribayu 28-8-2013 05:40 PM
kalau ada lelaki melayu yg boleh converse fluently in english boleh lah try...
Quote miawpink 28-8-2013 05:41 PM
dia mang x minat laki melayu ke?
nape?
sbb nk jaga keturunan ke??
Quote tomet05 28-8-2013 05:52 PM
SUSAH NAK GHOYAK FRENCH
Quote honda_jazz 28-8-2013 06:20 PM
mybe lelaki tu pening kot layan mulut sarimah yg not stop!
Quote hanna88 28-8-2013 08:05 PM
aku ade tgk program pe tah..tp da lama dah..sarimah kata bkn dia x nak lelaki melayu..tp x de pn lelaki melayu nk approach dia..ye ke xde hehe..ke mmg nk kokosen jgk
Quote limesherbet 28-8-2013 09:46 PM
takpe.... next time cari je lelaki prancis yg lahir islam ye sarimah. ramai french men yg islam. senang skit sama agama
Quote im_cyclist 28-8-2013 10:43 PM
blh lah.. hensem sket dr karim benzema.
Quote Vokuro 28-8-2013 10:52 PM
limesherbet posted on 28-8-2013 09:46 PM
takpe.... next time cari je lelaki prancis yg lahir islam ye sarimah. ramai french men yg islam. sen ...

Ramai ada pun stok berkerak atau imigran arab terrorist sahaja.
Quote slavehunter 28-8-2013 11:41 PM
i nak speku yang mat french ni tamau convert ...
Quote slavehunter 28-8-2013 11:44 PM
Vokuro posted on 28-8-2013 10:52 PM
Ramai ada pun stok berkerak atau imigran arab terrorist sahaja.

takla terrorist sangat...mostly dari algeria and morocco

Quote cikgu_murni 28-8-2013 11:57 PM
Vokuro posted on 28-8-2013 10:52 PM
Ramai ada pun stok berkerak atau imigran arab terrorist sahaja.

Ayat!!!! Pahit2, pedas2 tapi aku like, sbb itu ler kenyataannya. Yg sedap2, puja2, dodoi2 itu racun berbisa tp umah like.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.173133 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top