CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Turun 35kg 7 Bulan Dengan 'Liquid Diet'? - Jom Try, Mana Tahu Raya Ni Boleh Pakai Kebaya!

17-1-2018 11:59 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12502| Komen: 35|Original author: Oleh: Azza Rai


Perhatian kepada anda yang berazam untuk kurus…
Bagaimana perkembangan setakat ini?
Makin turun atau sudah kembali ke habit lama? - “Tak kisahlah asal bahagia.”

Jika anda memerlukan motivasi untuk mendapatkan berat badan ideal, boleh contohi menu yang disediakan oleh Maria Adam, netizen yang turun 35kg dengan ’liquid diet’ yang mengambil masa tujuh bulan sahaja. 

Jika dulu, dia selalu sakit-sakit, tapi kini dah semakin baik.




Diet cecair atau lebih dikenali dengan ‘liquid diet’ adalah pemakanan yang hanya menumpukan kepada cecair semata-mata tanpa sebarang makanan pepejal. Antara contohnya ialah  air kosong, kopi, teh, jus sayuran, jus buah-buahan, ‘infused water’ dan agar-agar.

Diet yang diamalkan oleh netizen ini tidaklah menepati ‘liquid diet’ namun disebabkan banyaknya jumlah air yang diambil berbanding makanan padat, maka ia diambil kira mempercepatkan penurunan berat badan.

Jom lihat beberapa resipi yang dikongsikan di media sosial.


1) Yong tau hu sup
-    Aneka yong tau hu (bebola, fish cake dan lain-lain)
-    Aneka sayur-sayuran (kangkung, kobis bunga, lobak merah dan lain-lain)

Cara membuatnya
1)    Panaskan air dan bila mendidih, masukkan semua bahan di atas.
2)    Rebus sekejap dan toskan
3)    Untuk kuah pula, panaskan air dalam periuk, masukkan ikan bilis, bawang putih, halia, garam dan lada putih serbuk.

p/s : Jika suka pedas, hiris cili api atau lada merah dan letak kicap sebagai perasa.


2) Telur Dadar

Nampak 'simple' tapi inti telur dadarnya yang berbeza, ditambah daun ramungai. Pastinya ramai yang tak tahu khasiat daun ramungai (sesetengah tempat memanggilnya daun kelor) mengandungi :
* Potasium 3x berbanding pisang
* Kalsium 4x berbanding susu
* Vitamin A 4x berbanding lobak merah

Mungkin itulah sebabnya metabolisme mereka yang amalkan daun ramungai lebih tinggi dari orang lain!


rasanya pahit tapi ubat kan?
3) Peria goreng telur

Pahitnya diakui tapi pahit itulah penawar untuk kurus kan?


4) Lagi resipi sup

Nampak gayanya kena tukar lah dari kuay tiaw goreng kepada sup. Ada berani?



Bahan-bahan smoothie


5) Smoothie buah naga

Cukuplah dulu lima resipi yang pastinya bukan 'liquid diet' tapi resipi yang berkhasiat, memacu metabolisme anda dan seterusnya turun berat badan. Jom, cuba manalah tahu raya ni boleh pakai kebaya! - CARI 
14

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 17-1-2018 12:02 PM
yong tau foo dear.. yong tau foo..
Quote manehnya 17-1-2018 03:11 PM
urgh... diet x mkn nasik.. lemah semangat...

tp bleh try
Quote Konahhh 17-1-2018 04:47 PM
Yong tau foo bukan dari tepung ke? Boleh makan ya hehehe
Quote lwyl 17-1-2018 05:25 PM
Eliminate certain food groups ini saya nak tengok berapa bulan/tahun dia boleh maintain berat badan dia.
Quote armin 17-1-2018 05:36 PM
Liquid diet ni macam tak sihat langsung. Kurus mmg kurus tp tak cukup zaf
Quote noraidil_06 17-1-2018 07:16 PM
armin replied at 17-1-2018 05:36 PM
Liquid diet ni macam tak sihat langsung. Kurus mmg kurus tp tak cukup zaf

Mesti flabby kan?
Quote noraidil_06 17-1-2018 07:17 PM
Yong tauhu? Bkn yong taufu ke?
Quote de_ikea 18-1-2018 09:33 AM
noraidil_06: Yong tauhu? Bkn yong taufu ke?

Nenek iols panggil yong tauhu. Hihihi
Quote Saltydoraemon 18-1-2018 03:40 PM
manehnya: urgh... diet x mkn nasik.. lemah semangat...tp bleh try

Memang pun. Sakit perut tak makan nasik
Quote babydoll 22-1-2018 03:15 PM
sedapnya mkanan bersup..
Quote LautBiru52 22-1-2018 09:43 PM
Makanan dlm yong taufu tu process food kan? Bukan ke tinggi garam? Tak menyihatkan langsung {:smile
Quote hzln 23-1-2018 07:40 PM
LautBiru52 replied at 22-1-2018 09:43 PM
Makanan dlm yong taufu tu process food kan? Bukan ke tinggi garam? Tak menyihatkan langsung {:smile

Processed food mcm yong tau fu itu sgt berbahaya yaaa, tinggi bahan perisa tinggi bahan pengawet....potensi utk kena kanser  mencanak berkali ganda kalu udah duk hadap ituuuuuuuuu saja....walo beliau dulu gemok kini kurus, tapi level bodoh kekal sama...sebar ajaran sesat kat internet lak tuh....pemakanan sihat katanya...janji rebus2, sup2, x lahap nasik...tapi pada masa yg sama duk sumbat bhn2 yg tingkatkan risiko kanser...buduss
Quote KuewTeuwKungFu 23-1-2018 09:35 PM
Blh try ni...n ikut citarasa memasing..Ada yg blh terima Ada yg x...yg pnting tepuk dada tnya hati...menu diet sup jer..terbaikkk
Quote LautBiru52 24-1-2018 07:30 AM
hzln replied at 23-1-2018 07:40 PM
Processed food mcm yong tau fu itu sgt berbahaya yaaa, tinggi bahan perisa tinggi bahan pengawet.. ...

Konsep asalkan sup & tak makan nasi.. Healthy sgt dah la tu ye acik maria..bangga bgtau dah turun 35kg..cukup berapa tahun kidney pun rosak..kesian
Quote hzln 24-1-2018 09:58 AM
LautBiru52 replied at 24-1-2018 07:30 AM
Konsep asalkan sup & tak makan nasi.. Healthy sgt dah la tu ye acik maria..bangga bgtau dah turun  ...

Ntah2 acik maria ni duk euuwww dgn puak2 lahap burger lahap hotdog...tak sihat katanya, tgk mcm acik ni lahap yong tau fu sup ajer...walhal daging burger, sosej tu sekapal jah dgn yong tau fu tu...tiada apa beza lol
Quote pumpkingirl 24-1-2018 11:42 AM
Wow turun 35kg..hebat.
Quote swimswim 29-1-2018 11:50 PM
Dia ni faham ke tak maksud clean eating lol

Siap soh org google bagai
Quote Mary_jane 31-1-2018 08:42 PM
I tak kena nasi rasa kebulur je sehari. Go veggy pun tak jalan. Rasa lemau.
Quote biozipstar 13-2-2018 02:29 PM
kata mak aku.. kalau teringin makan apa salahnya. tapi bersederhana je konsepnya. kalau makan mentekadarah memang boleh jadi mcm kingkong besarnya...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.245803 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top