Gunung Berapi Rinjani adalah gunung berapi yang aktif terletak di Pulau Lombok Indonesia. Letupan terakhir gunung ini ialah pada 1 Oktober 2004.
Gunung berapi ini juga merupakan antara gunung yang tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3805 meter dari permukaan laut.
Koordinat Gunung Berapi Rinjani ialah 8o25' S dan 116o28' T. Walaupun ia merupakan gunung berapi yang aktif, tetapi ia merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di sini kerana keindahan pemandangannya. Pemandangan indah di Gunung Rinjani Gunung ini memiliki panorama yang paling menarik di antara gunung-gunung yang ada di Indonesia. Para pendaki lebih gemar untuk mendaki pada bulan Jun hingga Ogos.
Hal ini kerana sepanjang bulan ini, suhu di pergunungan ini mencecah 12 darjah selsius dan angin bertiup tidak begitu kencang. Berbanding petengahan bulan Ogos, tiupan angin dipergunungan ini semakin kencang dan ia agak membahayakan untuk mendaki. Untuk menuju ke Gunung Rinjani, anda boleh menggunakan bas ekspres dari Jakarta-Mataram dengan menyeberang menggunakan feri (Selat Bali dan Selat Lombok). Anda juga boleh menggunakan pengangkutan udara melalui Jakarta, Surabaya, dan Denpasar. Selain melihat keindahan puncak, para pendaki yang ke sini sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat Danau Kawah yang ada di gunung ini. Danau Kawah (Volcanic Lake) merupakan satu kawah gunung berapi yang diliputi dengan air dan ianya berada di puncak gunung ini. Namun, anda tidak boleh mandi di dalam kawah ini kerana suhunya yang agak panas dan airnya juga agak beracun dan mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya seperti Hidrogen Sianide, Sulfur, Karbon Monoxide dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang hendak mencuba untuk mendaki di Gunung Rinjani, keseluruhan perjalanan untuk mendaki gunung ini mengambil masa kebiasaannya selama 3 hari 2 malam. Sudah pasti anda perlu berehat di pusat-pusat kawalan yang ada di setiap laluan pendakian. Oleh kerana gunung ini merupakan antara daya tarikan pelancongan di sini, kemudahan-kemudahan fasiliti seperti homestay, kedai sumber bahan makanan, kedai mencari peralatan untuk mendaki dan macam-macam lagi berada di sekitar kaki gunung ini iaitu di Desa Senaru. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda hendak mendaki di sini. Makanya, jom! - CARI |
20
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
22
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT