Baru-baru ini, tular video lelaki memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas, Kota Kinabalu, kira-kira jam 5.30 petang, 28 Januari lalu.
Memetik BH Online, lelaki warga tempatan itu disahkan berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian. Difahamkan, suspek, 36, mengambil dadah sebelum kejadian dan ujian air kencing mendapati dia positif syabu. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisiner M Chandra, ketika kejadian suspek keluar dari kereta dipandu rakannya sebelum melakukan kekacauan lalu lintas.
"Suspek kemudian memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi warna putih yang berhenti di bulatan Jalan Pasir sebelum ditangkap orang awam di kawasan terbabit," katanya. Tambahnya, siasatan mendapati suspek mengaku terbabit kes curi sebuah Toyota Hilux bersama seorang rakannya yang masih bebas di tepi jalan sekitar Karamunsing, jam 10 pagi hari sama. "Suspek yang juga pengawal keselamatan itu direman sejak Isnin lalu hingga hari ini untuk siasatan lanjut," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. - CARI
|
2
Bagus |
14
Marah |
2
Terkejut |
1
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aqissa replied at 1-2-2018 12:39 PM
Pengawal keselamatan..... apa company x buat security check ke sblm ambik bkerja?
Bukan lama mana ...
aqissa replied at 1-2-2018 12:39 PM
Pengawal keselamatan..... apa company x buat security check ke sblm ambik bkerja?
Bukan lama mana ...
Vokuro replied at 1-2-2018 02:32 PM
Sebab itu akak tak pernah percaya security guard lokal ini. Akak percaya guard nepal jah. Lokal be ...
ADVERTISEMENT