Bukan kopi saja yang berkocak, jiwa juga bergelora riang melihat serbuk gemerlapan berkilauan. Trend baru lagi? Ya, benar! Jom tengok di mana ada jual kapucino menarik ini.
Minuman ini adalah ciptaan Coffee By Di Bella, rangkaian kedai kopi di Mumbai, India. Barangkali bukan konsep asli tetapi ia sudah menarik perhatian seluruh dunia. Apatah lagi kini tentu sekali dilihat bergaya bila kopi anda berkilauan di bawah lampu atau cahaya mentari. Oh, silau! Ada juga sebuah kafe di Melbourne, Lichfield, United Kingdom yang menjual kopi dengan kilauan keemasan ini. Ini tentunya bukan serbuk berkilat yang digunakan untuk menghias barangan kraf, sebaliknya serbuk berkilat ini boleh dimakan (tapi jangan ambil terlalu banyak). Ia tidak berperisa tapi akan melekat di bibir. Kalau bibir wanita dihiasi serbuk ini tak mengapa. Tapi, kalau lelaki yang kelihatan begini nampak agak janggal pula, kan? Bukan itu saja, bila ke tandas najis yang keluar juga berkilau-kilauan. Euuww! Mudah saja nak buat. Taburkan serbuk kilauan (pastikan Halal dan boleh dimakan) di atas kopi atau teh panas. Selepas puas bergambar, minum sajalah. Kopi berkilauan ini menjadi sensasi di laman sosial dan nampaknya semua gambar yang dilihat di IG tentang kopi ini membuat kita berasa seperti hendak mencubanya. Mungkin anda akan berasa teruja dan sayang nak minum kopi 'cantik' ini. - CARI
|
2
Bagus |
14
Marah |
7
Terkejut |
18
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
biskutsusu replied at 14-2-2018 02:31 AM
cantiknya.
nanti poo berkilat kilat
samasam90 replied at 18-2-2018 07:45 PM
amboi sistur.. menelek poo selepas membuang ke sistur?
ADVERTISEMENT