Pasangan ini telah mengembara ke lebih 50 buah negara dan pernah menetap di 5 buah negara. Jika dulu mereka berdua, kini mereka membiasakan 2 puteri comel mereka turut meneroka dunia. Dengan pengalaman selama 20 tahun merantau serta 7 tahun menulis di blog sendiri, Caz dan Craig berkongsi banyak tip yang boleh dipraktikkan oleh siapa pun yang mahu menjadi seperti mereka.
1. Jadikan mengembara itu WAJIB Jika anda asyik berkata tiada wang untuk mengembara, tapi dalam masa sama memenuhkan lemari dengan baju dan kasut berjenama yang tidak pernah dipakai, barang mainan mahal yang hanya mengumpul habuk, maka mengembara bukanlah keutamaan anda sebenarnya. Ia hanyalah alas an semata-mata. Pepatah ka mengatakan ‘Nak seribu daya…” 2. Jangan nak selesa macam kat rumah ja Pengembara sejati tak kisah untuk lupakan keempukkan tempat beradu dan makan yang sekadarnya kerana yang lebih penting ialah pengalaman menempuh perkara asing seperti makanan unik, budaya berbeza dan lain-lain. Caz dan Craig sendiri juga pernah terkejut dengan persekitaran yang tak masuk dek akal, namun mereka tidak menghakimi orang lain, cuma berkata kepada diri sendiri “Ia menarik, ceritakan lagi.” 3) Rancang bersama-sama Minta pendapat pasangan dan anak-anak sekali. Tanyakan soalan seperti “Berapa hari percutian kita?”, “Jenis percutian yang anda mahu? Pantai? Gunung? Bandar kecil?” “Mahukan percutian yang rileks atau mencabar?” Senaraikan pro dan kontranya kemudian undi untuk mendapatkan majoriti. Wah! Anak-anak pun ada hak untuk memilih ya! 4) Berbual dengan orang tempatan Jangan hanya menyaksikan keindahan pemandangan sahaja. Cuba-cubalah berbual dengan orang tempatan dan berkongsi info. Antara soalan yang biasa ditanyakan ialah di mana untuk mendapatkan minuman kopi terbaik, tempat untuk menyaksikan matahari muncul dan apa lagi yang menarik ada di sana. 5) Bajet? – Lakukan aktiviti percuma Tiada masalah – Banyak juga aktiviti percuma boleh dilakukan selain ke muzium atau taman tema yang memerlukan kos tinggi. Antaranya ialah berenang di pantai, berbasikal, memanjat gunung, dan menikmati matahari terbenam. Lagi pula berjalan kan bagus untuk kesihatan sambil menghirup udara segar, anda juga boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. 6) Variasikan pengeluaran duit anda Takkan nak bawa tunai banyak kan? Jadi bila melancong ke luar negara, pelbagaikan kad anda seperti kad debit, kad kredit, tunai serta kad perjalanan tunai. Maklumlah, kita tak tahu kesulitan yang akan di hadapi di sesetengah negara. Jadi, lebih baik bersedia dari nangis tak berlagu. Sebelum tu hubungi pihak bank sebelum melancong, dibimbangi akaun tiba-tiba dibekukan jika pihak bank rasa sangsi. 7) Melancong sambil bekerja? Kenapa tidak? Jika anda berminat untuk tinggal lebih lama di sesebuah negara, mungkin boleh pertimbangkan idea ini. Caz dan Craigh pernah bekerja di 5 buah Bandar dengan strategi bijak iaitu Caz menjadi guru di London selama 2 tahun sekaligus mendapat visa bekerja. Mereka juga pernah bekerja di Dublin dan Bangkok. Dengan itu, duit anda dapat, pengalaman di negara orang lagi serta mendalami kebudayaan sesebuah negara membuatkan ia menarik. 8) Insuran Perjalanan – WAJIB Jika anda tak mampu bayar insuran perjalanan, sebenarnya anda tak mampu melancong pun! Malahan sebenarnya ia lebih murah dibandingkan jika berlaku perkara buruk di sana seperti terjadi bencana alam, jatuh sakit atau cedera, beg hilang atau dicuri atau lebih teruk passport hilang! Jadi, ingat – dapatkan insurans perjalanan. 9) Jauhi telefon dan kamera Ber’selfie’ dan memuat turun di social media sangat menyeronokkan. Namun ada satu ketikanya, anda perlu menjauhi gajet ini untuk menikmati masa-masa yang berharga itu. Jika anda asyik melihat pemandangan menerusi lensa kamera atau bersosial di Facebook setiap 5 minit, bermakna anda tidak betul-betul bercuti dan akan terlepas saat-saat menarik. Jadi, bagaimana? Sudah siap untuk bercuti seisi keluarga? - CARI Kredit : Ytravelblog.com
|
4
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
17
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
syue86 replied at 22-2-2018 09:08 AM
setuju part yg last tu..klu dpt internet, jgn nk mgadap internet semata..bosan betul travel ngn org ...
ADVERTISEMENT