View: 2632|Reply: 10
|
Pasangan Ini Kongsi 9 Tip Nikmati Percutian Sebenar – No.9 Itu Boleh Ke Anda Bua
[Copy link]
|
|
Pasangan ini telah mengembara ke lebih 50 buah negara dan pernah menetap di 5 buah negara. Jika dulu mereka berdua, kini mereka membiasakan 2 puteri comel mereka turut meneroka dunia.
Dengan pengalaman selama 20 tahun merantau serta 7 tahun menulis di blog sendiri, Caz dan Craig berkongsi banyak tip yang boleh dipraktikkan oleh siapa pun yang mahu menjadi seperti mereka.
1. Jadikan mengembara itu WAJIB
Jika anda asyik berkata tiada wang untuk mengembara, tapi dalam masa sama memenuhkan lemari dengan baju dan kasut berjenama yang tidak pernah dipakai, barang mainan mahal yang hanya mengumpul habuk, maka mengembara bukanlah keutamaan anda sebenarnya. Ia hanyalah alas an semata-mata. Pepatah ka mengatakan ‘Nak seribu daya…”
2. Jangan nak selesa macam kat rumah ja
Pengembara sejati tak kisah untuk lupakan keempukkan tempat beradu dan makan yang sekadarnya kerana yang lebih penting ialah pengalaman menempuh perkara asing seperti makanan unik, budaya berbeza dan lain-lain.
Caz dan Craig sendiri juga pernah terkejut dengan persekitaran yang tak masuk dek akal, namun mereka tidak menghakimi orang lain, cuma berkata kepada diri sendiri “Ia menarik, ceritakan lagi.”
3) Rancang bersama-sama
Minta pendapat pasangan dan anak-anak sekali. Tanyakan soalan seperti “Berapa hari percutian kita?”, “Jenis percutian yang anda mahu? Pantai? Gunung? Bandar kecil?” “Mahukan percutian yang rileks atau mencabar?”
Senaraikan pro dan kontranya kemudian undi untuk mendapatkan majoriti. Wah! Anak-anak pun ada hak untuk memilih ya!
4) Berbual dengan orang tempatan
Jangan hanya menyaksikan keindahan pemandangan sahaja. Cuba-cubalah berbual dengan orang tempatan dan berkongsi info.
Antara soalan yang biasa ditanyakan ialah di mana untuk mendapatkan minuman kopi terbaik, tempat untuk menyaksikan matahari muncul dan apa lagi yang menarik ada di sana.
5) Bajet? – Lakukan aktiviti percuma
Tiada masalah – Banyak juga aktiviti percuma boleh dilakukan selain ke muzium atau taman tema yang memerlukan kos tinggi. Antaranya ialah berenang di pantai, berbasikal, memanjat gunung, dan menikmati matahari terbenam.
Lagi pula berjalan kan bagus untuk kesihatan sambil menghirup udara segar, anda juga boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.
6) Variasikan pengeluaran duit anda
Takkan nak bawa tunai banyak kan? Jadi bila melancong ke luar negara, pelbagaikan kad anda seperti kad debit, kad kredit, tunai serta kad perjalanan tunai.
Maklumlah, kita tak tahu kesulitan yang akan di hadapi di sesetengah negara. Jadi, lebih baik bersedia dari nangis tak berlagu. Sebelum tu hubungi pihak bank sebelum melancong, dibimbangi akaun tiba-tiba dibekukan jika pihak bank rasa sangsi.
7) Melancong sambil bekerja? Kenapa tidak?
Jika anda berminat untuk tinggal lebih lama di sesebuah negara, mungkin boleh pertimbangkan idea ini.
Caz dan Craigh pernah bekerja di 5 buah Bandar dengan strategi bijak iaitu Caz menjadi guru di London selama 2 tahun sekaligus mendapat visa bekerja. Mereka juga pernah bekerja di Dublin dan Bangkok.
Dengan itu, duit anda dapat, pengalaman di negara orang lagi serta mendalami kebudayaan sesebuah negara membuatkan ia menarik.
8) Insuran Perjalanan – WAJIB
Jika anda tak mampu bayar insuran perjalanan, sebenarnya anda tak mampu melancong pun!
Malahan sebenarnya ia lebih murah dibandingkan jika berlaku perkara buruk di sana seperti terjadi bencana alam, jatuh sakit atau cedera, beg hilang atau dicuri atau lebih teruk passport hilang!
Jadi, ingat – dapatkan insurans perjalanan.
9) Jauhi telefon dan kamera
Ber’selfie’ dan memuat turun di social media sangat menyeronokkan. Namun ada satu ketikanya, anda perlu menjauhi gajet ini untuk menikmati masa-masa yang berharga itu.
Jika anda asyik melihat pemandangan menerusi lensa kamera atau bersosial di Facebook setiap 5 minit, bermakna anda tidak betul-betul bercuti dan akan terlepas saat-saat menarik.
Jadi, bagaimana? Sudah siap untuk bercuti seisi keluarga? - CARI
Kredit : Ytravelblog.com |
|
|
|
|
|
|
|
tips no 9 tu betul. satu 2 selfie cukuplah..tak payah nak beribu selfie kt 1 location.. adooi..
enjoy the moment.. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju part yg last tu..klu dpt internet, jgn nk mgadap internet semata..bosan betul travel ngn org cmni..belum lg selfie bgambar stiap penjuru |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju part no 9 tu boleh buang masa kawan2 lain sebab tabiatnya tu |
|
|
|
|
|
|
|
yg nombor tujuh je tak pernah try lagi.. kalau mat saleh travel sampai bertahun boleh la kerja sambil melancong |
|
|
|
|
|
|
|
No. 9 mmg buat camtu. Tu yg bila holiday solo I mmg takde amik selfie, ambil gambar pemandangan yg mmg nak buat momento je. I usually holiday sensorang tanpa internet. Rely ngan offline map je. Bila ngan grup je subscribe local internet. Tu pun takut ada yg merayau keluar dr grup susah dicari. Ada internet senang nak whatsapp. Tak berapa nak berkenan bila dgn grup, ada yg minta tlg amik gambar. Kalu satu tu takpe la jugak, kdg tu satu tpt mcm2 posing, siap check samada gambar tu memuaskan atau tidak. Kalu kureng kena tlg amik gambar lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 pasangan ni menikmati kembara mereka..yg penting bajet rendah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 aku pun pelik dengan org yg gi travel tpi selfie tunjuk muka dia je besar talam..
scenery kat belakang dah terlindung dgn muka dia... |
|
|
|
|
|
|
|
no.9 tu iols sgt2 boleh buat. pemalas betul nak keluarkan hp tp pastu dah sampai Msia, baru lah stat menyesal sbb tak byk gambar |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bosan. dpt jer kesempatan berwifi terus hapdate socmed. angin jer.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|