CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Shila Amzah Bercinta Dengan Johan Botak?

2-9-2013 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32261| Komen: 145



Lepas putus cinta tidak lama dulu, penyanyi Shila Amzah kini kelihatan sangat intim dengan pelakon Johan A’sari, Banyak gambar yang membuktikan kemesraan mereka dimuatnaik sendiri oleh mereka berdua ke laman sosial Instagram masing-masing sempena menyambut Syawal baru-baru ini.

Ramai peminat yang membuat spekulasi sendiri bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Namun, menurut Shila Amzah hubungannya dengan Johan As’ari hanyalah sebagai sahabat dan menafikan dakwaan mereka selama ini bercinta. Malah Shila juga bimbang dituduh perampas kerana sedia maklum bahawa Johan bakal melangsungkan pertunangan pada tahun ini.

“Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As’ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan.

“Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham,” ujar Shila mengulas tentang gosip terbarunya itu.


Shila juga menegaskan bahawa dia sudah tiada keinginan untuk mempunyai teman lelaki dan mahu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerjaya seni yang semakin melangkah jauh itu.

Terus-terang saya katakan, saya sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki buat masa ini. Hati saya belum terbuka untuk jadi teman wanita kepada seseorang. Seandainya jodoh saya sudah sampai, saya akan terima lelaki itu dengan seadanya dan saya akan berkahwin. Kalau hendak bercinta dan mempunyai teman lelaki, saya sudah tidak mahu. Saya pilih untuk fokus kepada kerjaya sahaja ketika ini. Saya juga tidak kisah siapa yang akan menjadi jodoh saya nanti,” luah Shila lagi

1

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 1-9-2013 11:20 PM


shahilaamzah #candid hahaha aunty,sha,Johan and mak  36min




shahilaamzah Tq aunty by @firdausari "Di akhir2 syawal @zie_lala @arrifasari @shahilaamzah" via @InstaReposts  58min





Quote edee_91 1-9-2013 11:20 PM
sah, memang suam2 kuku.
Quote aviators 1-9-2013 11:34 PM
Kalau ye pun berchenta, aku harap shila ni belajar dari kisah silam dia
Jgn over sangat berchenta hati bagai
Quote faiz-za 1-9-2013 11:43 PM
Rasanya banyak gossip johan ni dengan artis perempuan
Kalau ada drama baru, selalunya akan ada lah gossip dengan heroin nya
Hari tu dengar kata nak bertunang dengan orang biasa kan?
Quote cocolava 1-9-2013 11:53 PM
Ya ampun mengelitis kemain
Quote harisbee 2-9-2013 12:02 AM
ok jer...si sheila hamzah dlm melodi tadi..tak der la menggeletis sgt..korang kot yg menggeletis terlebih
Quote awinpj 2-9-2013 12:04 AM
Dlm melodi both of them deny kan...tapi kalo nak berjodohan pun sesuai gak....betterla dr mamat samseng tu
Quote adeqo 2-9-2013 12:22 AM
Dgar jugak gosip ni.. Kuar kat gosip meletop last week.. Xbrape minat johan ni.. Muke poyosss.. Hahaha
Quote jasmeen 2-9-2013 12:52 AM
Harap harap jadik...nak nengok sharnazzz ngamuk ke tak...heheheh
Quote jasmeen 2-9-2013 12:53 AM
Tapi shila cantik sangat pakai macam ni...dia tak kena langsung pakai yurban...please shila jangan pakai turban..
Quote housequeen 2-9-2013 12:56 AM
elok lah jugak tu....asalkan bukan dng set2 samseng kg dusun sudaaa.....
Quote tintin22 2-9-2013 01:15 AM
harisbee posted on 2-9-2013 12:02 AM
ok jer...si sheila hamzah dlm melodi tadi..tak der la menggeletis sgt..korang kot yg menggeletis ter ...

pendpt yg same
Quote chaoyunjie 2-9-2013 01:30 AM
aku x rasa menggeletis pn...cuma dia dok kipas2 tgn dia kat muka...panas kot...bila dok tanya kat Johan
Quote malaywood.NET 2-9-2013 07:03 AM
tak tengok melodi.jd tak tahu sangat kesah mereka..
Quote cmf_jeangrey 2-9-2013 07:20 AM
part mana menggeletis tu nyah oii??? photo tu biasa je

sowi ai tak tgk melodi
Quote iniaroonz 2-9-2013 08:00 AM
Ada aku ada tgk semlm....mmg gediks...
Quote cikatilia 2-9-2013 08:13 AM
achik2009 posted on 1-9-2013 11:20 PM
shahilaamzah #candid hahaha aunty,sha,Johan and mak  36min

mcm xberapa nak sesuai..
huhu
Quote MissDoraisamy 2-9-2013 08:31 AM
ok per drg due ni..tp low profile la sikit..agak2 sahnaz jeles x..
Quote twinkystar 2-9-2013 08:33 AM
kalau betul pun apa salahnyer
better la Johan daripada si shahnaz tu

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052954 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top