Ramai yang merungut 'seat' kereta mereka kotor selepas beberapa tahun digunakan. Lebih-lebih lagi bagi 'seat' kereta yang berwarna cerah.
Tompokan air jelas kelihatan dan hampir membentuk peta dunia pula. Lebih teruk lagi apabila anak kecil muntah di dalam kereta. Aduh, pening kepala dibuatnya! Nak upah orang untuk mencuci 'seat' kereta pula kosnya agak tinggi dan mencecah harga ratusan ringgit. Bagi yang mampu, mungkin bukan masalah yang besar. Tetapi bagi yang cukup-cukup makan, seratus ringgit pun dirasakan sangat mahal, apatah lagi lebih dari itu. Ye tak?
Mungkin ada yang tidak tahu atau mungkin tidak berani untuk mencuci 'seat' kereta mereka sendiri kerana kuatir akan menjadi lebih teruk. Oleh itu, menerusi laman Era, kami kongsikan cara mudah untuk mencuci 'seat' kereta yang hanya menelan belanja kurang dari RM10. Betul ke? Tak percaya? Jom lihat bahan yang diperlukan dan cara-caranya: Bahan-bahan:
Cara penyediaan: 1. Bancuh baking soda dan cuka bersama air suam 2. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam botol spray 3. Spray rata pada 'seat'yang kotor (jarak 6-8 inci dari seat) 4. Gosok bahagian yang kotor menggunakan berus lembut atau berus gigi sehingga bersih 5. Lap dengan menggunakan kain bersih yang sudah dibasahkan dengan air suam. 6. Ulang langkah 3-6 sehingga betul-betul bersih. 7. Keringkan menggunakan vacuum atau guna tuala 'microfiber' sehingga kering. Mudah sahaja kan? Yang penting jangan putus asa. Ianya mungkin mengambil sedikit masa namun anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Hasil mungkin berbeza mengikut tahap kotoran dan juga material 'seat' kereta masing-masing ye. Apa pun, selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami. -CARI
|
42
Bagus |
20
Marah |
26
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lululun replied at 14-3-2018 12:12 PM
Cara saya pulak, cuka tu campur air sikit. Ikut nisbah 2 cuka: 1 air. Sembur generously atas surface ...
aku_statik replied at 13-3-2018 07:06 PM
Balut leather.. Setel masalah.. Cuma tambah ongkos.. Hihihi
Ambola replied at 13-3-2018 05:37 PM
Tkt peta hilang cendawan pulak tumbuh
grizz replied at 13-3-2018 01:54 PM
gigih lak nak keringkan..silap2 peta ilang, bau kepam plak..
ADVERTISEMENT