Zahirah Macwilson tidak menafikan bahawa dia gembira dapat berganding bahu bersama Syafiq Kyle dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Penggambaran drama ini juga berjalan dengan lancar seperti yang diatur dan memuji sikap Syafiq Kyle yang memberi kerjasama yang baik untuk gandingan pertama mereka. "Ini merupakan gandingan sulung saya bersama Syafiq dalam sebuah drama bersiri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. "Keserasian itu kami dapat dengan cepat. Dia sangat profesional dan memberikan komitmen terhadap kerjayanya. Saya selesa berlakon disamping Syafiq dan berharap penonton dapat merasakan apa yang kami cuba sampaikan," katanya pada Astro Gempak.
Apa yang membuatkan dia paling seronok adalah dapat berlakon disamping ayahnya, Zainol Macwilson dalam drama ini. "Tak Ada Cinta Sepertimu juga menjadi drama bersiri pertama saya bergandingan dengan ayah. Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira kerana dapat berlakon dengan ayah sendiri dan perkara tersebut memudahkan saya untuk menjayakan watak Athea. "Ayah sering membantu saya untuk menjayakan watak-watak sukar yang memerlukan penguasaan emosi. Ayah juga memberikan tunjuk ajar sepanjang berada di set penggambaran," katanya lagi. Drama rantaian ini merupakan adaptasi novel karya Anna Milia dan akan bersiaran sehingga 16 episod. Zahirah dan Syafiq merupakan pelakon yang sedang meningkat naik. Moga kerjaya dalam bidang lakonan bertambah baik dan tidak tenggelam dengan kemunculan bakat baru. - CARI
|
ira_229 replied at 29-3-2018 01:06 PM
Cerita ni mmg best...i tertunggu2 nak tonton ep. seterusnya....tapi bapak zahira kenapa berlakun kay ...
ira_229 replied at 29-3-2018 01:06 PM
Cerita ni mmg best...i tertunggu2 nak tonton ep. seterusnya....tapi bapak zahira kenapa berlakun kay ...
chipsmoremore replied at 29-3-2018 01:22 PM
Jalan cerita menarik, pelakon semua bagus x de unsur kekayuan dlm cerita ni, bdk2 tu pun mmg pandai ...
tomaz replied at 29-3-2018 01:23 PM
Walaupun mekzah nampak so so bertudung tp ruhainies kemut tetap x boleh lawan mekzah. Bertiang kena ...
ADVERTISEMENT