Zahirah Macwilson tidak menafikan bahawa dia gembira dapat berganding bahu bersama Syafiq Kyle dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Penggambaran drama ini juga berjalan dengan lancar seperti yang diatur dan memuji sikap Syafiq Kyle yang memberi kerjasama yang baik untuk gandingan pertama mereka.
Foto: IG Zahirah Macwilson
"Ini merupakan gandingan sulung saya bersama Syafiq dalam sebuah drama bersiri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
"Keserasian itu kami dapat dengan cepat. Dia sangat profesional dan memberikan komitmen terhadap kerjayanya. Saya selesa berlakon disamping Syafiq dan berharap penonton dapat merasakan apa yang kami cuba sampaikan," katanya pada Astro Gempak.
Foto: IG Zahirah Macwilson
Apa yang membuatkan dia paling seronok adalah dapat berlakon disamping ayahnya, Zainol Macwilson dalam drama ini.
Foto: IG Zainol Macwilson
"Tak Ada Cinta Sepertimu juga menjadi drama bersiri pertama saya bergandingan dengan ayah. Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira kerana dapat berlakon dengan ayah sendiri dan perkara tersebut memudahkan saya untuk menjayakan watak Athea.
"Ayah sering membantu saya untuk menjayakan watak-watak sukar yang memerlukan penguasaan emosi. Ayah juga memberikan tunjuk ajar sepanjang berada di set penggambaran," katanya lagi.
Foto: IG Zahirah Macwilson
Drama rantaian ini merupakan adaptasi novel karya Anna Milia dan akan bersiaran sehingga 16 episod.
Zahirah dan Syafiq merupakan pelakon yang sedang meningkat naik. Moga kerjaya dalam bidang lakonan bertambah baik dan tidak tenggelam dengan kemunculan bakat baru. - CARI |