Beberapa kawasan panas yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa akan dipantau Pejabat Agama Islam Baling sepanjang Ramadan akan datang.
Sinar Harian Melaporkan, Pegawai Agama Islam daerah Baling Mohamad Naem Awang berkata, beberapa kawasan tumpuan sekitar Baling telah dikenal pasti dan anggota bersiap sedia melakukan serbuan di kawasan terbabit. “Dalam masa sama, kita juga sedang merancang menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Negeri dan Majlis Daerah,” katanya. Tambahnya, sebagai umat Islam, tidak wajar seseorang itu mengabaikan perintah agama.
“Ia peraturan daripada ALLAH, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan. “Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,” katanya. - CARI
|
Ia peraturan daripada ALLAH, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan.
Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,
ADVERTISEMENT