Kalau anda jenis yang suka masak setiap hari tentu pernah terdetik atau mengalami kebuntuan nak masak apa hari itu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, anda tentu mahu menyediakan juadah yang sedap tapi mudah, bukan?
Kami sedia membantu anda! Kali ini kami kongsikan resipi Ayam Serai Ala Thai. Bagi yang dah muak makan ayam boleh gantikan dengan udang mahupun sotong. Bahan-bahan 6 ketul ayam bahagian kepak atau peha 3 ulas bawang putih 6-7 tangkai cili api merah (kalau tak tahan pedas 3 sudah mencukupi) 3 batang serai Daun kari 3 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap cair (@sos ikan) 2 sudu besar madu Sedikit garam Sedikit air mengikut citarasa Cara-cara 1. Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau 2. Masukkan ayam dan biarkan sekejap 3. Masukkan sos tiram 4. Masukkan serai yang dihiris halus 5. Masukkan kicap cair dan madu 6. Masukkan daun kari dan biar sehingga ayam masak. 7. Siap!! Kalau nak lagi sedap dan mengikut resipi asal Thai, anda boleh menggunakan daun limau purut. Mudah je kan? Buat masa nak makan bersahur pun sekejap sahaja boleh siap. Selamat mencuba! -CARI
|
12
Bagus |
11
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT