View: 4537|Reply: 4
|
Manis, Wangi Dan Menyelerakan! Ayam Serai Ala Thai Memang Padu
[Copy link]
|
|
Kalau anda jenis yang suka masak setiap hari tentu pernah terdetik atau mengalami kebuntuan nak masak apa hari itu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, anda tentu mahu menyediakan juadah yang sedap tapi mudah, bukan?
Foto: Facebook Effarina
Kami sedia membantu anda! Kali ini kami kongsikan resipi Ayam Serai Ala Thai. Bagi yang dah muak makan ayam boleh gantikan dengan udang mahupun sotong.
Bahan-bahan
Foto: Facebook Effarina
6 ketul ayam bahagian kepak atau peha
3 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili api merah (kalau tak tahan pedas 3 sudah mencukupi)
3 batang serai
Daun kari
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair (@sos ikan)
2 sudu besar madu
Sedikit garam
Sedikit air mengikut citarasa
Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau
2. Masukkan ayam dan biarkan sekejap
3. Masukkan sos tiram
4. Masukkan serai yang dihiris halus
5. Masukkan kicap cair dan madu
6. Masukkan daun kari dan biar sehingga ayam masak.
7. Siap!!
Foto: Facebook Effarina
Kalau nak lagi sedap dan mengikut resipi asal Thai, anda boleh menggunakan daun limau purut. Mudah je kan?
Buat masa nak makan bersahur pun sekejap sahaja boleh siap. Selamat mencuba! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnyaaaa nampak, mudah pun mudah |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..boleh try weekend ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uihh npk sedap ngan mudah ja ni bole try |
|
|
|
|
|
|
|
wahh senangnya. leh try nie |
|
|
|
|
|
|
| |
|