CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

"Baju Raya Kononnya, Tapi 'Lace Penuh' Macam Nak Kahwin"- Netizen Kecewa

5-6-2018 03:19 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 24188| Komen: 130|Original author: Oleh: Azza


Jika sebelum ini, Diana Amir yang berbadan dua pernah bersuara mengenai kesukaran mencari baju raya kerana masalah rekaan tak sesuai dan harga mahal, kali ini di Twitter pula kecoh hal yang sama. Iffah is dead memberikan tiga sebab sukar mencari baju raya tahun ini dan ditweet sebanyak 23 ribu di Twitter.

Foto : Twitter Iffah is dead

Iffah berkongsi rasanya yang cuba membandingkan harga di Instagram, namun hampa kerana banyak kedai IG yang perlu di 'request' terlebih dahulu dan inilah yang menyusahkan ramai pengguna.



Namun, ada netizen yang menjelaskan bahawa IG Shop berkenaan 'mengunci' kedai mereka kerana masalah mungkin ditiru oleh orang lain.



Ada juga yang mengadu bahawa ramai juga IG shop yang tidak meletakkan tanda harga di baju. Semua ini menyusahkan pengguna kerana terpaksa 'Direct Message' atau pun Whatsapp.



Ada pula yang bertanyakan bagaimana rupanya 'fish net' tersebut. Lucu pula.



Selain harga, masalah utama pembeli ialah rekaan baju raya itu sendiri tidak fleksibel untuk perayaan. Ada yang mengatakan baju atau orang kahwin atau pun baju anugerah Skrin.


Jadi, apa pendapat anda? Atau dah siap semua baju raya? - CARI 
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 5-6-2018 03:25 PM
baju bermusim... tahun ni pakai kalau pakai tahun depan nampak sangat baju lama. nak la yang evergreen boleh la pakai lama untuk raya2 ni
Quote talapia 5-6-2018 03:26 PM
satu lagi.... lengan baju bole buat sponge basuh pinggan... or kain lap meja. 2 in 1 uols..
Quote Knowlee 5-6-2018 03:32 PM
Ai tak beli la baju online semua ni. Tak yakin dgn ukuran saiz. Baik beli kat kedai, cuba terus. Apa yg kita tgk dalam gambar tu bel tentu sesuai dgn bentuk badan kita.
Quote Catpaw 5-6-2018 03:44 PM
talapia: satu lagi.... lengan baju bole buat sponge basuh pinggan... or kain lap meja. 2 in 1 uols..


macam mana tu?
iols tak kenan dia suka buat lengan tu ketat nak nayang ketiak basah kot
Quote makton 5-6-2018 03:48 PM
byk je yg jual baju plain kat ig tu. budak ni saja nak buat kecoh jee
Quote ladybugz 5-6-2018 04:04 PM
Tahun ni byk design yg sgt hauk dan payah nk cari design yg menepati syariah dan taste dan range harga yg berpatutan. Entahlah kenape. Kalau yg mahal tu mmg ikut body dan harga mmg telan air liur la. Yg murah pun sama. Design yg pelik2 mcm nk gi fashion show atau bersanding pun ade n ade juga pilihan material yg sgt murah n kejung n kasar x sesuai dgn cuaca di Malaysia. Tp harga bukan main lagi. Baju kurung tepi jalan pun rm 100 . Aduh .. nasibla.
Quote EvieWanKenobi 5-6-2018 04:11 PM
kalau boleh, pergi jelah Jalan TAR..
berlambak2 pilihan..

Quote besarkecik 5-6-2018 04:11 PM
Lari topik..
Sebagai freelance designer, memang iols pantang  kalau orang hantar baju last minute.
Banyak kali iols bagitau, iols tak buat baju kurung / dress utk raya. seboleh-bolehnya diaorang nak hantar jugak & tak faham yang iols taknak ambik last minute order.  Wei, bulan puasa aku nak kumpul pahala, bukan kumpul duit doe!
Bajet rm80, tapi demand nak secantik Christian Dior.
Quote chikumanis 5-6-2018 04:26 PM
selalu tgok seller in buat private ig..memang xla aku nak follow..
Quote Suchi 5-6-2018 04:35 PM
Design tahun ni mmg mcm baju pengantin iols g bangi sentral rata2 semua baju boleh pkai nk bertunang or nikah.
Selain yg ber lace tu satu lg material brocade ke apatah yg kejung panas tu.
Quote kucingitam 5-6-2018 04:38 PM
baju melayu pun sama gak..merapu2 bentuknya.. banyak design kurta.. haperla...org nak baju melayu, bukan baju pakista, hindustan, bangladesh...
Quote noraidil_06 5-6-2018 04:39 PM
Banyak jelah yg plain. Heran plak tgk ramai komplen x jumpe. Rugi lak i x niaga tahun ni, kalau tidak i promote dh
Quote friedfishsoup 5-6-2018 04:47 PM
I pulak beli kain saree buat jadi baju kurung biasa. Hantar tailor. Murah2 je kain saree.
Quote friedfishsoup 5-6-2018 04:51 PM
noraidil_06 replied at 5-6-2018 04:39 PM
Banyak jelah yg plain. Heran plak tgk ramai komplen x jumpe. Rugi lak i x niaga tahun ni, kalau tida ...

Kan Kak. Padahal ramai je ig seller jual plain. Cuma ye la banyak yg peplum which is oh so yesterday nye design.
Quote Shirley23 5-6-2018 05:05 PM
Aku buat baju kurung tradisional jah tiap2 tahun. Cita rasa aku baju kurung plain macam yang zeti aziz hari2 pakai tu. Evergreen, labuh dan tidak ketat.
Quote MizzNaza 5-6-2018 05:26 PM
Memang stress pun cari baju raya tahun nih. Tengok baju pun serba salah sebenarnya dia nak jadi baju ke nak jadi langsir
Quote meow_tompok 5-6-2018 05:53 PM
aku pulak mcm malas nak beli baju
pegi keje bukan pakai baju kurung
ade je murah2 bawah rm80, kurung pahang simple, kat kiosk2 baju dlm tesco
bukan kain cotton yea...  tapi jenis tebal (bukan see thru) dan tak panas
kaler plain lebih 10 warna... beli brooch kerawang tepek kat baju..  glamer dah

Quote meow_tompok 5-6-2018 05:55 PM
MizzNaza replied at 5-6-2018 05:26 PM
Memang stress pun cari baju raya tahun nih. Tengok baju pun serba salah sebenarnya dia nak jadi baju ...

yg jadi langsir tu satu citer, yg design mcm nak kawen tu.. cannot brain
raya kat kampung jenguk org tua je.. bukan nak attend open house kat hotel jumpa artis
(adik aku la jadik mangsa fesyen baju raya nak kawen)
Quote pcr13 5-6-2018 07:01 PM
Last2 time raya dok dapur basuh pinggan. Tak kuasa i nak pakai baju kerawang2 bagai

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.162726 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top