Budaya memasang pelita ketika menyambut hari raya sudah lama diamalkan. Ada yang berpendapat amalan ini seumpama meniru amalan agama lain. Dan ada juga menganggap ianya harus. Apakata jom ikuti soal jawab memasang pelita ketika hari raya bersama Ustaz Azhar Idrus yang dipetik dari laman facebook rasminya. Soal : Apakah hukumnya memasang pelita menggunakan minyak tanah yang sering kita lihat dalam masyarakat Melayu?
Jawab :Hukum asal memasang pelita adalah harus. Sejak zaman berzaman masyarakat Melayu menggunakan pelita untuk mencerahkan suasana pada waktu malam samada dipasang di dalam rumah, di warung jualan, di tepi jalan dan sebagainya. Pada zaman sekarang apabila elektrik telah ada maka pelita-pelita seperti itu sudah jarang kelihatan digunakan melainkan pada malam-malam perayaan sahaja. Soal :Apakah hukumnya ketika menjelang hari perayaan aidil fitri atau raya korban dipasang pelita pada luar rumah pada waktu malam. Ada pelita yang diletakkan di atas pagar atau di tepi dinding atau di bawah pokok di depan rumah?
Jawab : Hukumnya bergantung kepada tujuan dipasang pelita tersebut. Jika dipasang kerana mencerahkan suasana gelap di waktu malam maka hukumnya harus. Jika dipasang pelita kerana memeriahkan suasana malam-malam Ramadhan dan malam hari raya maka hukumnya juga harus. Tidak ada nas dari Al-Quran atau hadith yang melarang. Soal : Benarkah dakwaan yang mengatakan jika dipasang pelita di luar rumah pada malam-malam Ramadan malaikat akan datang ke rumah tersebut kerana keadaannya cerah dari cahaya pelita yang dipasang? Jawab : Tidak benar kerana tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang datangnya malaikat ke rumah yang memasang pelita di malam-malam perayaan. Soal : Benarkah dakwaan orang yang mengatakan haram dan bidaah memasang pelita di malam perayaan kerana Nabi saw tidak ada melakukan seperti itu? Jawab : Tidak benar dakwaan seperti itu kerana suatu perkara yang tidak dibuat oleh Nabi menjadi dalil ia menjadi haram adalah sandaran dalil yang tidak benar dan qias yang rosak. Ulamak yang muktabar tidak berdalil seperti itu dalam menetukan hukum sesuatu perkara. Jika Nabi saw tidak berbuat maka ia tidak menjadi dalil suatu perkara itu dilarang atau haram. Soal : Apa pula hukumnya setengah rumah memasang lampu kelip-kelip yang menggunakan kuasa eletrik di malam-malam perayaan kerana memeriahkan dan mencantikkan suasana rumah? Jawab : Hukumnya adalah harus tidak ada sebarang larangan dari ulamak. Soal : Jika tujuan memasang pelita seperti itu kerana meniru budaya agama lain apakah hukumnya? Jawab : Meniru budaya agama lain bukan sahaja dengan pelita bahkan segala bentuk peniruaan budaya agama lain adalah dilarang dalam Islam. Wallahua'lam - CARI |
8
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ninjago replied at 13-6-2018 11:12 AM
dedulu balik kampung syok oo disambut ngan barisan pelita kat semua umah sepanjang jalan kalau balik ...
rayray28 replied at 13-6-2018 12:09 PM
Yeahh i feel you..balik kampung nk jumpe nenek atuk mesti tak sabar sbb nk tolong bakarkan pelita. ...
ADVERTISEMENT