Pernah buat atau rasa bubur asam gumpal? Kalau tak pernah, jomlah cuba buat sendiri. Anda tak akan menyesal punya! Bahan-Bahan: UNTUK INTI ASAM GUMPAL: 100gm kacang hijau 1 keping gula melaka 1 liter air BAHAN SAGU MATA IKAN: 100gm biji sagu 2 1/2 cawan air suam BAHAN UNTUK KUAH: 250gm santan pekat 2 cm halia yang dihiris halus 1/2 sudu teh halba 1/2 sudu teh garam 1 biji bawang merah yang dihiris
Cara-Cara 1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan. 2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat. Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak. 3. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah dan garam. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi. Masaklah sehingga kuah agak memekat. 4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Amacam? Menggoda tak? -CARI Kredit Resipi: RASA
|
5
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz: Xpelik ke rasa.dia?Manis.n kuah dia plak ala savoury gitu
shernazz replied at 20-6-2018 12:01 PM
Xpelik ke rasa.dia?
Manis.n kuah dia plak ala savoury gitu
misscendol replied at 25-6-2018 11:21 AM
Kalau xde inti die lg sedap rasenya
munchkin replied at 24-6-2018 03:24 AM
Tak pernah makan. Macam mana nak bentukkan sagu tu tak lembik ke?
chinta89 replied at 26-6-2018 04:52 PM
masa sagu dh masak tu still panas kan.
ambik dengan tgn terus gentel2 buh kacang td pahtu bulat ...
munchkin replied at 26-6-2018 10:29 PM
Thanks chinta.
chinta89 replied at 27-6-2018 03:06 PM
sama2.
eh rindu la kat profile pic u di porem yg mata bulat gerak atas bawah tu
ADVERTISEMENT