Kecoh dalam kalangan ahli perubatan bila tular sekeping gambar menunjukkan pesakit yang dirawat dengan peralatan hospital yang salah. Kesalahan tersebut membuatkan ramai yang marah terhadap drama Malaysia yang 'main hentam' serta pengarahnya yang tidak membuat kajian terlebih dahulu. Mereka menularnya lalu meminta pendapat daripada pakar kardiologi Institut Jantung Negara mengenai isu tersebut. Bagaimanapun, Dr. Beni Rusani memberikan respon yang juga berunsurkan sarkastik dan terhibur dengan gambar tersebut.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak memahami maksud tersirat tersebut. Namun, apabila pengarah drama ini sendiri menjelaskan
yang ia adalah drama komedi dan sarcasm kepada drama serius lain, ramai
mula memahaminya. Bagi para peminat drama pula, mereka memahaminya sebagai standard drama komedi. Dan ada yang menyatakan ia adalah sindiran kepada drama serius lain yang lebih teruk tidak membuat kajian terlebih dahulu hingga salah dalam etika perubatan. Walau apapun perdebatan mengenai 'pesakit' ini memberikan satira yang tersendiri iaitu drama komedi yang menyindir drama serius dan ia perlu diambil perhatian oleh penggiat seni keseluruhannya. - CARI |
ADVERTISEMENT