Sekali pandang bagaikan kedai besi buruk ataupun bengkel membaiki motosikal ataupun basikal. Rupanya-rupanya Kuantan Pickers ialah kedai kopi untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati sepotong kek yang sedap dan lazat.
Kedai yang berkonsepkan kedai kopi Cina zaman 90an ala-ala vintage ini betul-betul membawa para pengunjung ke zaman silam. Walaupun kedai nampak seperti kedai besi buruk, tetapi rasa minuman dan kek di sini begitu tip top! Ditambah dengan harga yang berpatutan. Pemilik kedai bijak menggunakan bahan-bahan yang 'old school' atau lama untuk menghiasi cafe ini. Jangan terkejut barang-barang antik lama seperti tin milo, keratan surat khabar lama dengan berita-berita menarik tersusun cantik menjadi hiasan dinding cafe ini. Apa yang menarik di Kuantan Pickers? Cafe milik bumiputera Walaupun cafe ini membawa konsep ala-ala kedai kopi cina taun 90an, pemiliknya adalah seorang bumiputera dan sudah pasti ianya halal. Jadi, bagi anda yang tinggal sekitar Kuantan, jangan lupa untuk singgah sini. Kek-kek yang sedap Amacam? Menarik kan? Konsep kedai sebegini memang sesuai untuk anda yang
hendak lepak bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati makanan
ringan. Jangan lupa untuk ke sini ya! - CARI |
31
Bagus |
31
Marah |
25
Terkejut |
28
Sedih |
17
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minahmanja replied at 17-7-2018 12:49 PM
jln besar ni, area kula cakes ke tu..?
anony-mous replied at 18-7-2018 06:58 AM
Kalau dah area sini mmg surrender nk pegi. Parking susah. Btw, kopi akar wujud lg ke x? Asal lalu as ...
anony-mous replied at 18-7-2018 06:58 AM
Kalau dah area sini mmg surrender nk pegi. Parking susah. Btw, kopi akar wujud lg ke x? Asal lalu as ...
mystica replied at 20-7-2018 03:06 PM
wujud lagi akar kopi
ya area ni kalau weekend ataupun lepas office hours baru ok.
paku_karat replied at 20-7-2018 03:04 PM
ntah aku pon lama da xpegi..bwk adik2 aku seme surrender minum akar kopi pastu pening kepala trus ...
ADVERTISEMENT