Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan mesyuarat pertamanya hari ini, selepas pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru.
Mesyuarat bermula pada 10 pagi dengan urusan pertama iaitu pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Memetik laporan Malaysiakini, sebilangan besar anggota parlimen Umno dan PAS bertindak keluar dewan sebagai tanda bantahan berhubung pelantikan itu. Difahamkan, bantahan tersebut kerana notis pemberitahuan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat didakwa tidak mengikut prosedur.
Notis tersebut dimaklumkan sepatutnya diserahkan tidak kurang daripada 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang. Bagaimanapun, menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, wakil ahli Parlimen Bersatu dari Muar melalui kenyataan di Twitter, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) dan bekas Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain yang keluar dewan. Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan dewan.- CARI
|
9
Bagus |
7
Marah |
26
Terkejut |
5
Sedih |
19
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT