CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Impian Lisa Termakbul

9-9-2013 02:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15291| Komen: 43

Sedikitpun dia tidak pernah berasa la yak untuk menerima gelaran Pelakon Komedi Wanita Terbaik yang diunggulinya menerusi Anugerah Warna, baru-baru ini. Tambahan pula, Dian watak yang dibawanya menerusi Istanbul Aku Datang iaitu filem yang melayakkan kemenangan itu, bukanlah karakter komedi.

“Dari peringkat pencalonan lagi, saya terkejut sebenarnya apabila nama dicalonkan dalam kategori berkenaan kerana saya tidak merasakan Dian, watak dibawakan saya menerusi Istanbul Aku Datang itu berunsurkan komedi. Bahkan, pengarah filem ini iaitu Bernard Chauly sendiri sewaktu memberikan taklimat kepada saya langsung tidak menekankan unsur komedi dalam perwatakan Dian.


“Apa yang saya faham, Dian seorang yang naif, lurus, jujur, setia serta mudah dipengaruhi. Kalau orang kata aksi Dian kelakar, itu adalah perwatakan Dian seperti yang pengarah inginkan, bukannya sengaja menjadikan ia komedi. Apapun, saya amat berterima kasih kepada pihak juri yang memilih saya walaupun sehingga hari ini saya sendiri tidak pasti kemenangan saya dinilai berdasarkan kriteria apa?





“Selain itu, saya juga menghormati semua finalis yang bertanding dalam kategori sama iaitu Sharifah Amani, Yana Samsudin, Sharifah Shahirah dan Intan Ladyana. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Seperti Sharifah Shahirah, misalnya dia memang dikenali sebagai pelakon komedi wanita tanah air,” katanya sedia dicabar watak-watak komedi.






Sebagai imbasan, Istanbul Aku Datang turut memenangi tiga lagi kategori di Anugerah Warna iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Filem Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik.

Lisa yang mengunjungi Balai Berita, Isnin lalu, bersama Pengarah filem berkenaan, Rafidah Abdullah, turut memuji penganjuran Anugerah Warna, yang bertujuan mengiktiraf warga ‘komedi’. Keterbukaan penganjur untuk turut mencalonkan pelakon bukan komedi akan tetapi membawakan watak-watak berunsur komedi menerusi filem yang dibintangi mereka juga satu perkembangan yang baik.

Meneruskan lagi perbualan, Lisa berkata, dia baru saja tamat penggambaran filem, Manisnya Cinta di Cappadocia yang diterajui Fazura dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama. Memegang watak sebagai Azalea, iaitu adik kepada Iftiliyana dimainkan oleh Fazura, Lisa berasa teruja kembali ke set penggambaran filem terbitan Red Film Sdn Bhd itu.

Gelaran Aktres Terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 tidak menghalangnya untuk menerima watak pembantu menerusi filem arahan Bernard Chauly itu.

“Salah satu impian saya adalah untuk berlakon dengan Fazura. Syukur, akhirnya impian saya tercapai. Di dalam filem ini saya memegang watak sebagai adiknya.

“Dia bukan saja cantik, gila saya tak berasa bangga menjadi adiknya? Bagi saya, Fazura memang pelakon yang berbakat. Saya kagum cara dia menukar karakter secara spontan sama ada di dalam dan di luar set sekalipun membabitkan babak berat.

“Ada sesetengah pelakon termasuk saya sendiri kena ambil ‘mood’ dulu. Berbeza dengan Fazura, masuk saja set, terus bertukar menjadi Iftiliyana. Kalau ‘off set’ pula dia suka bergurau dan berjenaka,” katanya.

Selain itu, Lisa mengakui, dia sangat selesa bekerjasama dengan Red Films lebih-lebih lagi di bawah arahan Bernard.

“Filem pertama saya, juga bersama Red Films iaitu Goodbye Boys. Kalau tidak silap saya baru 16 tahun masa itu. Antara sebab lain saya suka bekerja di bawah produksi Red Films, penekanan mereka pada ‘productions value’.

“Semua pihak yang terbabit amat tekun dan berdedikasi dalam menguruskan jabatan masing-masing. Setiap kali berkerja dengan mereka adalah proses pembelajaran buat saya.

“Lagipun, saya percaya setiap watak sekalipun kecil penting untuk melengkapi dan menggerakkan sesebuah cerita. Filem Ombak Rindu misalnya, Maya Karin dan Aaron Aziz adalah pelakon utama. Manakala saya dan Bront Palare, kami berdua memegang watak pembantu. Tetapi kehadiran Mila dan Mail, penting dalam menggerakkan filem ini,” katanya bakal menjayakan sebuah ‘supertele’ terbitan astro dalam jangka waktu terdekat ini.

Menyusul selepas penggambaran telefilem berkenaan, Lisa terbabit pula dengan pengembaraan sebuah program ‘travelogue’. Tidak sendirian mengacarakannya, Lisa ditemani suami, Yusry Abdul Halim sebagai pasangan pengacara.

“Pelancaran program ini akan diadakan tidak lama lagi dan untuk berlaku adil, saya terpaksa merahsiakan dulu judulnya. Apa yang boleh saya ceritakan mengenai konsep program ini adalah bagaimana untuk memilih percutian yang boleh memenuhi impian pasangan.

“Jika ada yang mahukan percutian mewah di sebuah pulau, kita akan beri cadangan hotel serta lokasinya sekali. Masih lagi tertumpu di lokasi yang sama, cadangan tambahan khusus untuk pasangan yang bercuti dengan bajet yang terhad. Kemudian kami buat perbandingan antara dua bajet tadi apa kelebihan dan kekurangan yang pasangan dapat.

“Insya-Allah lebih kurang 13 destinasi menarik akan kami kunjungi sebaik penggambaran dimulakan Oktober depan,” katanya kali kedua bergandingan dengan Yusry selepas filem Ular.


Lisa lancar laman web rasmi

Dalam perkembangan lain, Lisa bakal melancarkan laman web rasmi untuk membolehkan peminat setianya mengikuti per kembangan karier seni, sekali gus mengalu- alukan mereka untuk berkongsi buah fikiran.

Peminat setia Lisa boleh berbuat demikian dengan mengunjungi laman web www.lisafghends.com, manakala di laman Instagram hanya cari @lisafghends begitu juga Twitter (lisafghends) termasuk Facebook (lisa’s fghends).

“Idea untuk mewujudkan website Lisafghends dicetuskan saya bersama beberapa rakan niaga. Ia untuk menyediakan sebuah laman yang lebih khusus untuk peminat kunjungi, sekali gus mengetahui perkembangan saya. Ini kerana saya melihat ketekunan peminat yang sering mengikuti perkembangan artis tempatan melalui media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

“Dengan adanya laman web ini, dapatlah saya berhubung lebih rapat dengan peminat. Di mana saya akan membentangkan topik yang membina untuk kami bualkan bersama. Mereka juga boleh menonton video atau ke galeri foto untuk menyaksikan sendiri bagaimana proses penggambaran filem dilakukan termasuk apa saja aktiviti seni membabitkan saya.

“Sementara yang ingin memiliki cenderahati ekslusif daripada saya, boleh membuat tempahan dan pembelian melalui laman web website lisafghends. Siapa yang mahu melihat foto terbaru saya bolehlah ke galeri untuk melihat sendiri bagaimana proses penggambaran filem dilakukan termasuk apa saja aktiviti seni membabitkan saya.

“Bukan itu saja, peminat juga boleh mendapat untuk kami bualkan bersama. Siapa yang mahu melihat foto terbaru saya bolehlah ke galeri untuk melihat sendiri bagaimana proses penggambaran filem dilakukan termasuk apa saja aktiviti seni membabitkan saya,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pet_ayut 9-9-2013 09:57 AM
laa..ingat kan impian die mengandung termakbul
Quote azie.dz 9-9-2013 10:00 AM
impian eh tu..

so ngandung bukan impian dia la kannnnnnnn
Quote ice98 9-9-2013 10:01 AM
Mmmm... impian la sangat!!
Quote ayu_malaya 9-9-2013 10:02 AM
Alaaa ... Potong stim betol.
Ingat dah mengandung
Quote fatehana 9-9-2013 10:02 AM
igt td nak bg taw dia ngandung rupanya lain
apa2 ajelah lisa
Quote MissMamamia75 9-9-2013 10:06 AM
ye lah...ingatkan td dah mengandung...
pepun mudah2an impian yg satu tu akan termakbul jugak one day
Quote maxim 9-9-2013 10:12 AM
“Salah satu impian saya adalah untuk berlakon dengan Fazura."

punyalah hazabb ko punya impian
Quote kakikuchantik 9-9-2013 10:15 AM
igt peknen dah... oooooo lisa
Quote peachRose 9-9-2013 10:17 AM
dia menang anugerah pelawak??
errr..lawak apakah ini???!!!
Quote cikatilia 9-9-2013 10:19 AM
pet_ayut posted on 9-9-2013 09:57 AM
laa..ingat kan impian die mengandung termakbul

yeah me too

i tot preggies sudah
xpon amik anak angkat
Quote momomikomiki 9-9-2013 10:23 AM
i masuk sini ingatkan dia dah preggy...aiiiiiii lisa..
Quote tintin22 9-9-2013 10:23 AM
iols pon pk bende yg same
Quote MissDoraisamy 9-9-2013 10:25 AM
igtkan dh peknen..baru nk ucap tahniah
Quote nurfariezza 9-9-2013 10:27 AM
kann..igt kn mngandung td..cett
Quote azie.dz 9-9-2013 10:32 AM
propa je lisa suri rumah ni,...fake the seken...

Quote rosasa 9-9-2013 10:34 AM
berlari lari masuk sini, ingatkn dah peknen
Quote wnazzee 9-9-2013 10:35 AM
ingatkan dah preggy jugak
Quote BebeQ 9-9-2013 10:39 AM
aku pun masuk laju2 ingat dia mengandung dan Asteruk nak sponsor bagai!

alahai~
Quote mitnick 9-9-2013 11:02 AM
tudiaa Lisafghends

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039463 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top