Selama ini, para saintis berusaha untuk merungkai misteri sama ada hidupan pernah wujud di planet Marikh dengan harapan dapat menempatkan sebahagian penghuni bumi ke planet terbabit.
Memetik laporan Astro Awani, baru-baru ini buat pertama kali sebuah tasik bawah tanah yang besar di bawah lapisan ais dengan keluasan kira-kira 20 kilometer telah ditemui di planet merah itu. Ianya sekaligus memberi keyakinan buat para ahli astronomi antarabangsa berkemungkinan terdapat lebih banyak sumber air malah kewujudan hidupan. Jurnal sains Amerika Syarikat turut melaporkan, tasik tersebut merupakan cecair terbesar pernah ditemui di planet tersebut. Tegas Prof Madya, Alan Duffy di Universiti Swinburne di Australia, hasil penemuan itu penting dan amat mengagumkan.
"Air di Marikh bukan suatu lopak sementara seperti penemuan terdahulu tetapi sumber air berterusan untuk tempoh masa yang lama." Dipercayai Marikh pernah mempunyai persekitaran yang lembap serta pernah mempunyai beberapa sumber air serta tasik kira-kira 3.6 bilion tahun lalu. Air tasik itu bagaimanapun tidak boleh diminum dan terletak hampir 1.5 km di bawah permukaan berais dalam persekitaran dingin. Difahamkan penemuan kali ini adalah dijalankan oleh para penyelidik dari Itali dengan menggunakan peralatan radar Pengorbit Ekspres Marikh milik Agensi Angkasa Eropah yang dilancarkan pada 2003.- CARI |
25
Bagus |
22
Marah |
14
Terkejut |
29
Sedih |
14
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT