View: 1141|Reply: 1
|
[Dunia]
Tasik besar ditemukan di planet Marikh
[Copy link]
|
|
TAMPA 25 Julai - Sebuah tasik besar bawah tanah ditemukan buat pertama kali di planet Marikh sekali gus meningkatkan kemungkinan lebih banyak air dan kehidupan lain yang wujud di planet itu.
Ahli astronomi antaranbangsa memaklumkan, tasik berukuran 20 kilometer besar itu ditemukan di bawah lapisan ais di planet tersebut.
Menurut laporan penyelidik Itali yang disiarkan jurnal Science, ini merupakan penemuan cecair terbesar pernah berlaku di planet merah itu,
Profesor Madya Alan Duffy dari Universiti Swinburne, Australia berkata, penemuan menakjubkan itu menunjukkan air di Marikh bukan bersifat sementara dan sedikit seperti yang pernah ditemukan sebelum ini.
``Ini menunjukkan kewujudan air itu adalah berterusan dan membolehkan hidupan di Marikh terus hidup untuk tempoh yang lama,’’ katanya. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|