Malang itu tidak berbau. Susulan menarik diri daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia akibat mengalami masalah kesihatan, Datuk Lee Chong Wei turut dikatakan terlibat dalam skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini kerana baru-baru ini ada khabar angin mengatakan akaun bank peribadi jaguh badminton negara itu telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi membuat penafian berhubung perkara tersebut. “Ia tidak benar sama sekali,” katanya ringkas. Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan turut menafikan dakwaan yang sama berhubung perkara berkenaan.
Syed Saddiq berkata penarikan diri Chong Wei daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tidak ada kaitan dengan isu 1MDB. Baru-baru ini Persatuan Badminton Malaysia, BAM mengesahkan Chong Wei tidak dapat beraksi pada kedua-dua acara berkenaan selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan beliau terpaksa berehat selama sebulan.- CARI |
16
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT