CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 1

Akaun Bank Chong Wei Dibekukan, Itu Tidak Benar- SPRM

[Copy link]
Post time 31-7-2018 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Malang itu tidak berbau.


Susulan menarik diri daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia akibat mengalami masalah kesihatan, Datuk Lee Chong Wei turut dikatakan terlibat dalam skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ini kerana baru-baru ini ada khabar angin mengatakan akaun bank peribadi jaguh badminton negara itu telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Kredit Foto: carian internet



Namun, memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi membuat penafian berhubung perkara tersebut.


“Ia tidak benar sama sekali,” katanya ringkas.


Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan turut menafikan dakwaan yang sama berhubung perkara berkenaan.


Syed Saddiq berkata penarikan diri Chong Wei daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tidak ada kaitan dengan isu 1MDB.


Baru-baru ini Persatuan Badminton Malaysia, BAM mengesahkan Chong Wei tidak dapat beraksi pada kedua-dua acara berkenaan selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan beliau terpaksa berehat selama sebulan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah wah ,macam Ada bau ikan lah Cong Wei nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.137820 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list