Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menzahirkan penghargaan beliau kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) atas bantuan beliau untuk mengembalikan kapal 'Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.
Memetik laporan Astro Awani, akhirnya kapal persiaran mewah itu selamat tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sekitar jam 12.25 tengahari semalam. Kapal yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low itu tiba di negara kita setelah berlepas dari pelabuhan Batam malam Isnin lalu. Sinar Harian melaporkan kos penyelenggaraan kapal tersebut dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan termasuk pembayaran gaji bulanan untuk 16 orang anak kapal dan seorang kapten kapal.
Menurut salah seorang wakil peguam bagi pihak kerajaan, Jeremy Joseph, buat masa sekarang, semua kos penyelenggaraan kapal mewah itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. “Siasatan berhubung pemilikan kapal mungkin ambil masa dalam enam ke sembilan bulan tapi mungkin lebih awal juga." “Selain dari pemilikan, kita juga bincangkan penyelenggaraan kapal. Agak mahal untuk selenggara kapal itu. Untuk masa sekarang, kerajaan yang akan selenggara." Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dalam The Equanimity bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara semalam. Kapal mewah itu dianggarkan bernilai RM1 bilion dan dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).- CARI
|
31
Bagus |
23
Marah |
29
Terkejut |
31
Sedih |
34
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT