CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Otak Letak Mana? Pos Cicak Gecko Dan Ikan Mestilah 'Mampus' Sebab Takde Oksigen!

13-8-2018 11:12 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6770| Komen: 12|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Google
Kini, sebarang pembelian pelbagai jenis barang menjadi lebih mudah dengan adanya sistem pembelian secara online. Barang yang dahulunya dianggap susah untuk diperoleh atau jauh berada di luar negara, tetapi dengan adanya kemudahan internet, kita boleh mendapatkan apa sahaja barang yang kita mahu. Barang-barang yang dibeli akan dihantar melalui syarikat-syarikat kurier yang menyediakan perkhidmatan penghantaran.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat kurier telah membuat beberapa peraturan tentang barang-barang yang hendak dihantar kepada penerima. Tetapi, oleh kerana barang-barang yang ingin dihantar itu perlu dibungkus dengan rapi dan tertutup, kadang kala pekerja di syarikat kurier tidak mengambil tahu atau terlepas pandang mengenai jenis barang yang ingin dihantar oleh pelanggan. 


Seorang pengguna twitter memuat naik status menceritakan tentang pengalaman adiknya yang bekerja di sebuah syarikat kurier. Ada juga netizen yang mengirim binatang hidup melalui penghantaran biasa. Masa penghantaran yang mengambil masa selama beberapa hari pasti membuatkan binatang tersebut mati sebelum sampai kepada penerima.  


Kenapa bodoh sangat?
Netizen yang membaca status twitter ini mengecam tindakan mereka yang mengirim binatang melalui perkhidmatan kurier tersebut. Bagaikan tidak masuk akal apabila mengirim binatang yang hidup dan pastinya memerlukan oksigen untuk bernafas tetapi dibungkus rapi dan tertutup semasa proses penghantaran. 


Kesian pada abu mayat
Netizen turut memberi komen tentang netizen yang mengirim abu mayat. Sepatutnya pengirim perlu teliti dan membalut dengan kemas supaya abu mayat tersebut tidak pecah dan terkeluar daripada bungkusannya memandangkan ia adalah sesuatu yang amat penting bagi menyempurnakan urusan orang yang sudah meninggal. 


Selamat terima ikan laga yang di pos
Tapi, rupanya ada netizen yang mempunyai pengalaman membeli ikan laga dan menjual anak pokok secara online. Barang yang dikirim selamat diterima dalam keadaan baik. Itu dikira rezeki merekalah kan? Cuma apa-apa risiko perlu ditanggung oleh penerima barang tersebut. 

Walaupun pihak syarikat kurier menggariskan beberapa panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatann mereka, tetapi pengirim tetap bertindak dengan sesuka hati. Jangan pula apabila barang yang dikirim rosak atau mati, pihak syarikat kurier pula yang dipersalahkan kerana tidak cermat dan lewat membuat penghantaran. - CARI 

32

Bagus
39

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
38

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (184 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zaien 13-8-2018 12:11 PM
alamak ai... abu mayat dududududduud
Quote kucingitam 13-8-2018 12:17 PM
kesian cicak tu weih
Quote zameyla 13-8-2018 12:22 PM
member aku bli ikan dari indonesia, hidup elok ja
Dalam plastik tu letak oksigen, pastu letak dalam box putih yg org letak ice cube tu..
Quote Foxey 13-8-2018 02:09 PM
Tak senonoh betul laaa buat hantaq gecko pakai courier biasa. Haih... Walaupun fox tak suke apa juga jenis cicak sebab geli, tapi still rasa perbuatan ni tak patut..
Quote Artemesiaa 13-8-2018 04:25 PM
Kesian pekerja penghantaran nak kene hadap semua tu
Quote Themilo 13-8-2018 04:27 PM
meols kerja bank pun pernah jaa jumpa orang simpan abu mayat dalam safe deposit box. dia ingat safe deposit box kat bank ni persis nirvana memorial center ke?
Quote matkpop 13-8-2018 09:55 PM
Foxey replied at 13-8-2018 02:09 PM
Tak senonoh betul laaa buat hantaq gecko pakai courier biasa. Haih... Walaupun fox tak suke apa juga ...

abu mayat nak? nanti i pos  
Quote Foxey 14-8-2018 07:34 AM
matkpop replied at 13-8-2018 09:55 PM
abu mayat nak? nanti i pos



Abu mayat sapa tu? Takpa arrr... You simpan je laaa...

Saje jer kan?
Quote Supersirap 14-8-2018 09:09 AM
Macam-macam kerenah...
Quote MsKoreanfanatic 14-8-2018 10:24 AM
pandai ke tak pandai yg pos binatang tu semua..
Quote zuuu 15-8-2018 01:48 PM
Astaga,xpsal2 cicak ngan ikan mati dsebabkn oleh kbodohan manusia...mohon roh cicak ngan ikan ni mnghantui mnusia yg dh mnyebabkn kmatian dyorg
Quote danielmanor2018 6-9-2018 04:48 PM
Generally speaking the performance of a school on how do my homework tracks closely to the socioeconomic demographics of the zip codes within the school boundary.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.033234 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top