CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selalu Rasa Diri Tak Cantik? Ramai Buat Pembedahan Plastik Gara-Gara Snapchat Dysmorphia

16-8-2018 12:36 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4587| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Adakah anda sering merasakan wajah anda tidak cukup cantik? Adakah anda kerap mengambil foto selfie? 


Atau adakah anda suka menggunakan filter Snapchat sehingga foto anda jauh berbeza dengan wajah asal? 


Mungkin anda salah seorang daripada jutaan pesakit  ‘Snapchat Dysmorphia’, penyakit mental yang semakin kerap menyerang pengguna media internet masa kini.


Kredit Foto: Dr.Mehta's Hospital

Dalam kajian terbaru yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik daripada Fakulti Perubatan, Universiti Boston, jumlah pesakit ‘Snapchat Dysmorphia’ yang mendapatkan rawatan pembedahan plastik di klinik-klinik kecantikan semakin meningkat saban tahun. 


Kajian mereka dimuatkan dalam journal JAMA Facial Plastic Surgery.


"Kebanyakan daripada pesakit-pesakit ini mahukan bibir yang lebih tebal, mata yang lebih besar dan hidung yang lebih nipis, menyerupai gambar edit mereka menggunakan filter Snapchat’ demikian hasil penyelidikan tersebut. Mereka juga membawa gambar-gambar edit sebagai rujukan," tambahnya lagi.


Kredit Foto: Daily Express
Kredit Foto: The Ladders

Satu lagi kajian pada tahun 2017 oleh American Academy of Facial Plastic and Reconstruction Surgery mendapati bilangan pembedahan yang mahukan ‘selfie lebih cantik menyerupai selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Ariana Grande, Shawn Mandes, dan ramai artis lain’  meningkat kepada 55% berbanding 42% pada tahun 2015.


Kredit Foto: Your Tango

Seorang pakar bedah plastik Dr. David Cangello memberitahu CBS News bahawa pakar-pakar bedah perlu menerangkan kepada pesakit ini mengenai risiko pembedahan plastik dan memberikan mereka kaunseling berkaitan.


"Pesakit ini perlu berjumpa pakar sakit mental, bukannya pakar bedah plastik,"tambahnya lagi. -CARI

33

Bagus
48

Marah
31

Terkejut
31

Sedih
32

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (219 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 16-8-2018 02:19 PM
Queen Kepam
Quote Gingerly 16-8-2018 02:35 PM
Sana sini fake. Siapa yg dok main socmed tayang2 pic tu memang sakit mental attention seeker
Quote Artemesiaa 16-8-2018 03:16 PM
Nasib tak masuk dalam golongan sebegitu
Quote Foxey 18-8-2018 08:43 PM
What's wrong with what God gave us? Syukurlah dengan apa yang ada.
Quote MadameOnion 21-8-2018 04:23 PM
menyampah kekadang setengah org tu suka selfie tak tentu hala..kejap2 selfie up kat soc med..terus i block je
Quote palmolive 21-8-2018 04:38 PM
kalo muka tak lawa toksah la tayang kt media sosial..
bukan masyarakat peduli pun rupa kau camner..
Quote frozenfroggie 23-8-2018 12:53 PM
Beauty lies in the eye of the beholder
Quote ejans 24-8-2018 12:52 AM
Segan nak guna filter. Sbb takut bila jumpa org in real dorang tekejut gambar x seindah reality.. Lagi bertambah malu.. Hahahah
Quote MissVixen 24-8-2018 01:13 AM
Ucap selamat hari raya dalam group dengan gambar selfie dan text raya , bunga. Hahahaha. Dah kenapa wehhh.
Quote Xixie 13-9-2018 01:26 AM
ejans replied at 24-8-2018 12:52 AM
Segan nak guna filter. Sbb takut bila jumpa org in real dorang tekejut gambar x seindah reality.. La ...

oh yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Xixie 13-9-2018 01:27 AM
ejans replied at 24-8-2018 12:52 AM
Segan nak guna filter. Sbb takut bila jumpa org in real dorang tekejut gambar x seindah reality.. La ...

tak tak I xsanggup ai xsanggup
Quote Daintymerry19 20-9-2018 11:50 AM
Ori lg bagus

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039194 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top