Adakah anda sering merasakan wajah anda tidak cukup cantik? Adakah anda kerap mengambil foto selfie?
Atau adakah anda suka menggunakan filter Snapchat sehingga foto anda jauh berbeza dengan wajah asal?
Mungkin anda salah seorang daripada jutaan pesakit ‘Snapchat Dysmorphia’, penyakit mental yang semakin kerap menyerang pengguna media internet masa kini.
Kredit Foto: Dr.Mehta's Hospital
Dalam kajian terbaru yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik daripada Fakulti Perubatan, Universiti Boston, jumlah pesakit ‘Snapchat Dysmorphia’ yang mendapatkan rawatan pembedahan plastik di klinik-klinik kecantikan semakin meningkat saban tahun.
Kajian mereka dimuatkan dalam journal JAMA Facial Plastic Surgery.
"Kebanyakan daripada pesakit-pesakit ini mahukan bibir yang lebih tebal, mata yang lebih besar dan hidung yang lebih nipis, menyerupai gambar edit mereka menggunakan filter Snapchat’ demikian hasil penyelidikan tersebut. Mereka juga membawa gambar-gambar edit sebagai rujukan," tambahnya lagi.
Kredit Foto: Daily Express
Kredit Foto: The Ladders
Satu lagi kajian pada tahun 2017 oleh American Academy of Facial Plastic and Reconstruction Surgery mendapati bilangan pembedahan yang mahukan ‘selfie lebih cantik menyerupai selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Ariana Grande, Shawn Mandes, dan ramai artis lain’ meningkat kepada 55% berbanding 42% pada tahun 2015.
Kredit Foto: Your Tango
Seorang pakar bedah plastik Dr. David Cangello memberitahu CBS News bahawa pakar-pakar bedah perlu menerangkan kepada pesakit ini mengenai risiko pembedahan plastik dan memberikan mereka kaunseling berkaitan.
"esakit ini perlu berjumpa pakar sakit mental, bukannya pakar bedah plastik,"tambahnya lagi. -CARI |