|
Seorang lelaki dari Jalan Matang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira 10 pagi semalam setelah didapati positif rabies encephalitis atau penyakit anjing gila.
Memetik laporan Bernama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa berusia 44 tahun tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Januari lepas. "Mangsa dimasukkan ke HUS pada16 Ogos lalu selepas mengalami simptom rabies ketika mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos." “Ketika itu pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati dan pesakit tidak mendapatkan sebarang rawatan walaupun telah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi.”
Menurut KKM, isteri mangsa kini berada dalam keadaan sihat dan telah melengkapkan jadual vaksinasi antirabies sebanyak empat dos.- CARI |
|
25
![]() Bagus |
23
![]() Marah |
33
![]() Terkejut |
28
![]() Sedih |
35
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042208 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.