|
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaklumkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura terpaksa ditangguhkan hasil kedudukan kewangan negara yang berhutang tinggi.
Susulan itu timbul spekulasi yang mengatakan wujud ketegangan pendirian antara Malaysia dan Singapura berhubung perkara tersebut. Astro Awani melaporkan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini tampil mengesahkan penangguhan projek itu setelah ditugaskan untuk mengadakan rundingan dengan Singapura baru-baru ini. Jelas beliau, kerajaan Singapura bersetuju dan menerima pandangan kerajaan Malaysia untuk menangguhkan projek HSR ini sehingga satu tempoh yang 'reasonable' kerana yakin dalam tempoh tersebut ekonomi Malaysia akan pulih. "Kata sepakat berkaitan penangguhan itu dicapai hasil perbincangan dengan menteri berkaitan infrastruktur negara itu dengan mengambil kira keadaan semasa ekonomi Malaysia yang tidak memungkinkan projek tersebut diteruskan pada masa ini." Tegas beliau, tiada pampasan perlu dibayar dalam tempoh penangguhan itu dan pembayaran hanya akan berlaku sekiranya di akhir tempoh penangguhan kita batalkan projek berkenaan.- CARI
|
|
13
![]() Bagus |
35
![]() Marah |
23
![]() Terkejut |
25
![]() Sedih |
26
![]() Lawak |
22
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.353445 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.