CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 1

Singapura Setuju Projek HSR Ditangguhkan Tanpa Pampasan- Azmin Ali

[Copy link]
Post time 3-9-2018 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaklumkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura terpaksa ditangguhkan hasil kedudukan kewangan negara yang berhutang tinggi.


Kredit foto:carian internet



Susulan itu timbul spekulasi yang mengatakan wujud ketegangan pendirian antara Malaysia dan Singapura berhubung perkara tersebut.


Astro Awani melaporkan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini tampil mengesahkan penangguhan projek itu setelah ditugaskan untuk mengadakan rundingan dengan Singapura baru-baru ini.


Kredit foto:carian internet



Jelas beliau, kerajaan Singapura bersetuju dan menerima pandangan kerajaan Malaysia untuk menangguhkan projek HSR ini sehingga satu tempoh yang 'reasonable' kerana yakin dalam tempoh tersebut ekonomi Malaysia akan pulih.


"Kata sepakat berkaitan penangguhan itu dicapai hasil perbincangan dengan menteri berkaitan infrastruktur negara itu dengan mengambil kira keadaan semasa ekonomi Malaysia yang tidak memungkinkan projek tersebut diteruskan pada masa ini."


Tegas beliau, tiada pampasan perlu dibayar dalam tempoh penangguhan itu dan pembayaran hanya akan berlaku sekiranya di akhir tempoh penangguhan kita batalkan projek berkenaan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2018 07:26 PM | Show all posts
Projek HSR ini MO1 buat untuk cari duit membayar hutang MDB jugak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.187784 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list