CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bung Mokhtar Sahkan Ada Lagi Bakal Keluar UMNO, KJ Dan Hishammuddin Masih Setia

20-9-2018 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2480| Komen: 7

“Kalau saya nak keluar UMNO, tak akan saya datang mesyuarat Biro Politik hari ini."

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas timbul spekulasi mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu antara 18 pemimpin lain akan meninggalkan parti selain Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman, lapor MalaysiaGazette seperti dipetik Sinar Harian.


Kredit foto: PenBiru dot com

“Saya harap semua wakil rakyat BN kekal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa.

“Rakyat mahu melihat BN sebagai pembangkang yang kredibel kita kena pastikan itu,” katanya.


Selain Khairy, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dilaporkan antara yang bakal meninggalkan parti itu. Namun, Ahli Parlimen Sembrong itu kemudian menafikan spekulasi berkenaan.


Kredit foto: BH Online

"Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli UMNO," katanya kepada Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya, kelmarin.

Sementara itu, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengesahkan ramalan mengatakan akan ada beberapa Ahli Parlimen UMNO bakal keluar parti.


Kredit foto: Malaysian Update

Ahli Parlimen Kinabatangan itu, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah dan nama ahli berkenaan.

"Memang akan ada lagi Ahli Parlimen yang akan keluar daripada Umno. Namun, enam Ahli Parlimen Umno di Sabah akan tetap kekal bersama UMNO," katanya kepada Astro AWANI. - CARI
42

Bagus
23

Marah
29

Terkejut
35

Sedih
31

Lawak
47

Bosan

Friends Rank (207 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 20-9-2018 10:46 AM
hensemnya bung..
Quote chicozinn 20-9-2018 10:56 AM
mestila keluar parti sejak kalah pru ri tu..da nama bukan parti kebal lagi..uhuhuhu
Quote BoLapciOus 20-9-2018 11:24 AM
Kesetiaan menghalangi,kupindah ke lain hati,dan tak ingin ku melukai

Mendambakan cinta ini..hanya kekalnya denganmu tapi kudrat tak di tanganku
padamu kualunkan rinduku,sayang jadi sendu,tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu,tahu kau meninggalkanku,kau palitkan kesal menunggumu..kesalahan kau pautkan di jiwaku..kau nampakkan keangkuhanmu..kurelai cinta tak suci ini pergi..hihi..jauhh!!
Quote arnauld 23-9-2018 08:38 PM
Engkorang estimate tun boleh hidup berapa tahun lagi???
Quote tumpanglalu74 23-9-2018 08:42 PM
Edited by tumpanglalu74 at 23-9-2018 08:45 PM

Maka inilah colan piyem mulayu yang "Sejjattiey..  itu yang kaU ucapkan". Eheh, OT..
Quote Mahathirina 23-9-2018 08:57 PM
tumpanglalu74 replied at 23-9-2018 08:42 PM
Maka inilah colan piyem mulayu yang "Sejjattiey..  itu yang kaU ucapkan". Eheh, OT..

mcm kna la lagu ni dgn topik ni..

[youtube]gNzAJk5_9GU[/youtube]
Hensem tak Awie dulu?
Quote JohnnySins 23-9-2018 09:15 PM
arnauld replied at 23-9-2018 08:38 PM
Engkorang estimate tun boleh hidup berapa tahun lagi???

menurut sains..selagi sino atrial node mahadedak terus mengecaj eletrostatik untuk menyebabkan otot2 tisu jantung itu berdegup..selagi itulah mahadedak akan terus hidup untuk beberapa penggal lagi...tambahan pula kalau sinoatrial node itu tak lagi boleh mengecaj elektrostatik..boleh guna artificial pacemaker.....boleh lah tambah jangka hayat kerana sainslah mahadedak terus hidup...bukan roh dan nyawa...menurut sains..tidak wujud roh dan nyawa..itu semua supernatural dan metafizikal...salam sains dari saya...wakakakakkakakakak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.048603 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top