Walaupun pihak produksi Skop Production berdepan dengan masalah filem KL Gangster 2 bocor di internet selepas dimuat naik secara haram tetapi rasa kecewa mereka mungkin terubat sedikit kerana beberapa pengedar filem antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berminat mengedarkan filem arahan Syamsul Yusof itu di negara tersebut. Isu filem KL Gangster 2 yang ‘bocor’ di internet, VCD haram filem itu dijual hanya RM5 Pengarah Urusan Skop Production Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, berkata, pihaknya menerima beberapa permintaan melalui e-mel daripada pengedar filem antarabangsa yang mahu memasarkan KL Gangster 2 ke AS dan Eropah. “Syarikat berpangkalan di AS dan Eropah mengakui berminat mengedarkan filem itu selepas melihat sedutan atau trailer di laman Youtube. Sejak disiarkan di laman itu, jumlah tontonan yang direkodkan melebihi sejuta. Malah, dia sebagai penerbit menerima berita tersebut dengan gembira tetapi perkara itu masih belum dapat dibincangkan dengan lebih terperinci. Hal itu kerana ketika emel diterima, pihak produksi berdepan dengan masalah filem KL Gangster 2 bocor di internet.
|
ADVERTISEMENT