CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Meninggal Dunia Diikat Pada Katil Kerana Tak Berhenti Menangis

4-10-2018 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3567| Komen: 14

Gara-gara tidak berhenti menangis, seorang ibu tergamak mengikat anak pada katil menyebabkan bayi berusia 19 bulan meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas akibat dipaksa tidur meniarap dengan tubuhnya diikat pada katil.




Memetik The Sun, katil bayi berkenaan ditolak rapat ke dinding dan dilitupi dengan cadar dan selimut bagi menghalang mangsa daripada melihat ke luar biliknya.

Difahamkan, kedua-dua kaki Ellie-May Minshull-Coyle yang diikat dan posisi tidur yang menyebabkan dia kesukaran bernafas menjadi punca kematiannya.

Penyiasat percaya mangsa telah diikat selepas menemui tanda panda kedua-dua pergelangan tangan dan buku lali bayi malang itu.

Bagaimanapun, ibu mangsa, Lauren Coyle, 19, dan teman lelakinya, Reece Hitchcott, 20, mengaku tidak bersalah membunuh bayi terbabit di Ward Street, England pada 23 Mac tahun lalu.
 


Kredit foto: The Sun

Malam sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, Lauren mengirimkan pesanan ringkas kepada seorang rakan mengatakan "Budak ini sangat menyakitkan hati saya malam ini."

Kemudian, pada jam 6 pagi, bapa Lauren, Sean Coyle menerima pesanan ringkas daripadanya yang mengatakan dia membiarkan bayinya  menangis sepanjang malam.

Apabila Sean tiba di rumah lauren pada jam 9 pagi, dia mendapati Ellie tidak bernafas sebelum menghubungi ambulans. Mangsa, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital Royal Preston.

Hasil bedah siasat juga mendapati ini bukan kali pertama mangsa diikat pada katil dan kes masih dalam perbicaraan. - CARI
18

Bagus
24

Marah
28

Terkejut
31

Sedih
23

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 4-10-2018 12:56 PM
aduh, please la jangan citer sal budak mati kne itu ini..bertambah kemurungan lak meollss hari ni..hurrmmm
Quote r_innalif 4-10-2018 01:06 PM
Benci aku dgr cter mcm ni. X kan xde sapa yg ko boleh seek help. Bodoh tahap dewa la org dewasa yg x leh tolerate dgn tangisan baby. Sama la sapa pn. Tmasuk pgasuh gemuk yg sumbat cili mulut bby smpai mati.. depressed aku bc.
Quote insulin 4-10-2018 01:07 PM
Kejamnya...
Quote moonbug 4-10-2018 01:35 PM
Spesis senang beranak
Quote mieymiey 4-10-2018 01:37 PM
Tolong jangan beranak lagi!
Quote itams 4-10-2018 01:51 PM
ibunya depression ke,
kesian baby tu
Quote orglama 4-10-2018 02:03 PM
ibu mangsa 19 tahun & bf ibu 20 tahun. golongan penerima benefits (bantuan sara hidup kerajaan uk) la ni
Quote Idgaf 4-10-2018 02:04 PM
vavinya....rasa kemurungan.

argh
Quote hawk77 4-10-2018 02:07 PM
Sadisnya..

Mcm mana dia ikat tu.. ada gambar tak?
Quote ckenj 4-10-2018 02:19 PM
kesiannya baby...bongokknya manusia skrg..haishhh.sedihnyaaa..
Quote minguk 4-10-2018 05:50 PM
tak ada hati perut !!!!!
Quote matkpop 4-10-2018 06:34 PM
comel budak tu. kesian. RIP
Quote batu kikir 4-10-2018 06:46 PM
Hukuman:
Yg pompuan kena buang terus ovary .,... jangan beranak2 lagi
Yg lelaki..... cantas je monen dia...   jangan pandai tabur benih je
Quote clarizsa 7-10-2018 01:09 AM
Omputeh mmg suka biar baby nangis lama2 kan?
Nak disiplin kan kononnya. Paksa tdo wpun anak keriau cam apa je

Bukannya nak tenangkan anak tu dan cek kot2 ada masalah ke apa
Pstu jdla kes kejam cmni sbb maknya gila pemalas

Paling bangang ada lak yg sebarkan / ajarkan hal mcm ni kt rakyat malaysia mcm kt page pama ke apa tu
Serius bodoh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.082179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top