CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Harga Petrol, Lebuh Raya Tanpa Tol Baru Dapat Dilaksanakan- Tun Mahathir

12-10-2018 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2161| Komen: 17

"Sebenarnya saya tidak setuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH)."

FMT melaporkan, pendedahan itu dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamad kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, Indonesia semalam.


Kredit foto: carian internet

Tambah beliau, menifesto itu diwujudkan dengan memikirkan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan. Namun sekarang ianya menjadi beban yang besar setelah PH adalah kerajaan.

Jelas beliau pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan kecuali menaikkan harga petrol. 

“Pada masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol.”

Menjelaskan lebih lanjut mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.- CARI


11

Bagus
22

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
10

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 12-10-2018 04:25 PM
takziah.. janji dicapati..
Quote lipans 12-10-2018 04:27 PM
Dia kan perintis lebuhraya ni. Mesti la dia lebih arif.


uhuk uhuk... macam bau-bau pan-borneo nak kena tol je.
Quote namirulmukminin 12-10-2018 04:34 PM
Boleh tak atuk kasi naik kotey atuk dulu sebelum atuk naikkan petrol??
Quote jofizo 12-10-2018 04:36 PM
idea dia yg suruh buat tol pastu suruh dia hapuskan.....mmg x ler......
Quote pokaibanktokyo 12-10-2018 05:01 PM
Cakapla mansuhkan subsidi petrol. Ngok. Disel sekali
Quote tobby 12-10-2018 05:17 PM
Pru15 nanti ada lagi ka pengundi2 yg nak percaya manifesto mansuh tol, naik gaji minima, pendidikan percuma, turun harga minyak, turun harga barang??

PEMBINAAN lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini adalah beban yang besar.

“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya.

Beliau berkata kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, semalam.

Menjelaskan selanjutnya mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.

“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya. Mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?”

Dr Mahathir berkata, di England tidak ada jalan bertol tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi.
Quote paz 12-10-2018 05:57 PM
Hehehehehehehehehehe kona sini kena, kona sana pun kena.

Memang kena ajalah.

Whatever
Quote FailFish 12-10-2018 07:51 PM
kutty ni dalam kepala otak konar2 dia janji bukan anwar
lain tu lantak la
Quote arnauld 12-10-2018 08:42 PM
Manipesto di capati
Quote tang_ginger81 13-10-2018 10:38 AM
Korner baring
Quote chicozinn 13-10-2018 02:33 PM
Macibai btol..xlama la jangka hayat Pakatan Hancennnggg ni kalu da camni gayanye
Quote wunan88 13-10-2018 04:10 PM
sumer kena kencing..hahaha
Quote sufi^_^ 13-10-2018 04:42 PM
tobby replied at 12-10-2018 09:17 AM
Pru15 nanti ada lagi ka pengundi2 yg nak percaya manifesto mansuh tol, naik gaji minima, pendidikan  ...

Jangan bimbang. Dak2 wichet yang baru habis pt3, pru15 nanti leh ngundi.
Quote RatuDunia94 14-10-2018 03:51 AM
Dah agak.. kalau betul nk hapuskan tol x payah tunggu kerajaan baru.. yg lama pon x mampu hapuskan.. apalah nk diharap dgn yg baru.. hujung2 sama jd mcm dulu..
Quote milo84 14-10-2018 04:30 AM
Dari dulu perasan yg geng2 yg selalu tuntut janji manifesto ni pun bukannya undi PH pun, mostly just nak kecam jer. But mmg good for check n balance.
Most yg undi PH bukan harap sgt dengan janji manifesto.

Xpe, kalo rakyat x puas hati, 5 tahun lagi boleh undi pilih yg mana suke.
Quote tom2 14-10-2018 09:50 PM
tok. kalau x setuju pasal tol, nape setuju pulak jadi pm?
Quote tobby 14-10-2018 09:53 PM
alasan atok nak naikkan petrol la tu...  bukan x kenal atok punya stail..  suka bagi hint dulu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054659 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top